Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Pelajar Dari Mesir

| 0 comments


Seorang pelajar baru pulang dari Mesir tetapi di sana dia hanya bersuka-sukaan. Bila dia pulang, dia disambut oleh orang kampung dan digelar 'syeikh'. Dia berasa bangga.

Pada suatu malam selepas Maghrib, penduduk kampung menyuruhnya menyampaikan sedikit tazkirah. Dia mula menggelabah kerana dia tidak tahu apa-apa.Dia memberanikan diri naik ke mimbar masjid bagi cover malu.

Dia memulakan ucapan dengan kata alu-aluan yang amat menarik dan menyebabkan penduduk kampung terasa hormat kepadanya.Kemudian dia bertanya, "adakah muslimim sekelian tahu apa yang akan disampaikan oleh saya sebentar lagi". Hadirin menjawab, " tidak" dengan penuh minat. 'Syiekh' menjawab balik, "kalau begitu, tida gunalah saya berucap sedangkan kalian semua tidak tahu apa yang akan saya sampaikan, wassalam".

Penduduk kampung mengatakan dalam hati bahawa tentu beliau mempunyai ilmu yang sangat tinggi sehinggakan begitu susah hendak mendengar tazkirahnya.
Pada malam berikutnya, seperti biasa dia naik ke mimbar dan memulakan ucapanya dengan ucapan alu-aluan yang amat hebat.

Seperti biasa dia bertanya lagi adakah hadirintahu apa yang akan disampaikan olehnya sebentar lagi. Hadirin sepakat menjawab, "ya, kami sudah tahu".Syiekh menjawab balik, "kalau kalian semua sudah tahu, apa gunanya saya menyampaikannya lagi, wassalam".Kemudian dia pulang.

Pada malam ketiga sebelum 'syiekh' tersebu tiba, hadirin sekelian berpakat sebahagian dari mereka menjawab kami sudah tahu manakala sebahagian lagi akan menjawab kami belum tahu. Apabila syiekh naik ke mimbar dan seperti biasa dia bertanya, "adakah kalian semua sudah tahu apa yang akan saya sampaikan pada malam ini ?". Setengah hadirin menjawab mereka sudah tahu manakala setengah lagi menjawab mereka tidak tahu.

Dengan mudah syeikh menjawab, "kalau begitu, saya syorkan agar yang tidak tahu bertanya pada yang tahu manakala yang sudah tahu, sampaikan kepada yang tidak tahu, wassalam". Penduduk kampung kehairanan dan amat pelik.

KLIK SINI, Teruskan Membaca Pelajar Dari Mesir

Nampaknya Puan Begitu Sabar ..

| 0 comments


Seorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak kecilnya... Anak wanita itu duduk di dalam troli yang ditolak oleh ibunya..

Ketika melintas bahagian makanan... anak wanita itu merengek-rengek meminta dibelikan biskut... Tapi ibunya kelihatan tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.. Anaknya mula menangis dan menjerit Dengan suara perlahan.. si ibu berkata"Sabar Suzie... ada tiga lorong lagi.. jangan marah..ya. tak lama lagi dah.."

Kemudian mereka melalui pula lorong yang mengandungi bahagian permainan.. anaknya sekali lagi merengek dan menjerit minta dibelikan permainan.. Ibunya tetap tidak menghiraukan permintaan anaknya itu dan anaknya terus menangis... Si ibu berkata..

"Sabar, sabar, Suzie... ada dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini"

Akhirnya mereka selesai melalui lorong terakhir dan terus pergi ke kaunter dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran.. Anaknya masih menangis dengan kuat dan menjerit-jerit minta dibelikan mainan.. Si ibu dengan sabar berkata..

"Sabar Suzie.. kita akan melepasi kaunter ini dalam masa 5 minit sahaja lagi.. Lepas ini kita akan pulang dan boleh tidur dengan selesa.."

Si lelaki yang melihat kejadian itu kagum dengan kesabaran si ibu... Lalu dia pun mengikuti wanita berkenaan hingga ke tempat parking untuk memberikan pujian... .

"Sungguh luar biasa.. anda begitu sabar menghadapi si kecil Suzie" katanya.

Si ibu menjawab.. "Saya Suzie dan ini anak saya namanya Lily"
KLIK SINI, Teruskan Membaca Nampaknya Puan Begitu Sabar ..

Soalan Pemuda Kepada Tok Imam

| 0 comments


Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:

Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?

Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

Pemuda: Tentulah sakit!

Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?

Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?

Pemuda: Tidak!

Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.

Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?

Pemuda: Tanah!

Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.

Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala.
KLIK SINI, Teruskan Membaca Soalan Pemuda Kepada Tok Imam

Tak nak mati..

| 0 comments



Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata

"Saya tidak mau mati lagi, Doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata
"Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Wanita itu berkata " Lihat kan Doktor "

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah"
KLIK SINI, Teruskan Membaca Tak nak mati..

Teh Panas

| 0 comments




Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang... Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja... dia cuba bertanya harga segelas teh panas dan teh sejuk... lalu pelayan restoran menjawab..


"Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20"

Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya... .

Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam sekelip mata sahaja...

Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata "Kalau lambat diminum... air ini jadi sejuk... kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20.. lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja"
sengihnampakgigi KLIK SINI, Teruskan Membaca Teh Panas

Kisah 2 Ekor Anjing

| 0 comments



Pada suatu masa ada dua ekor anjing. Anjing A dan anjing B. Mereka berdua tinggal di sebuah pulau. Setelah agak lama di situ mereka merasa bosan dan berhasrat untuk pindah ke tempat lain lalu si anjing A ni pun mencadangkan perkara itu kepada rakannya.

Setelah persetujuan dicapai anjing A tadi mengadakan latihan dengan belari 20 kilometer sehari, angkat berat dan berjogging (iyala... menguatkan stamina untuk berenang ke seberang).

Tapi anjing B tadi buat selamba je... tak ada persiapan langsung. Lalu anjing A nie tadi bertanye, "eh..kau tak buat persiapan ke? rileks je?" Anjing B menjawab, "tak payah buat persiapan semua dah siap".

Anjing A nie hairan dan berkata pada anjing B."Lantak kau la," dan terus dengan latihannya. Maka hari yang dinantikan pun tiba, maka berenang la si anjing tadi ke seberang... dia menyangkakan yang kawannya si anjing B masih lagi berada di pulau... tetapi alangkah terkejutnya dia bila mendapati yang rakannya anjing B telah sampai dan sedang rileks di tepi pantai.

Lalu si anjing A nie bertanya pada anjing B,"Macamana kau bleh sampai dulu?" Lalu jawap si anjing B...

















"Aku ni kan anjing laut!"
KLIK SINI, Teruskan Membaca Kisah 2 Ekor Anjing

Shampoo, Sabun Dan Ubat Gigi Baba

| 0 comments



Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”
KLIK SINI, Teruskan Membaca Shampoo, Sabun Dan Ubat Gigi Baba

Suatu Hari Yang Tenang...

| 0 comments



Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa.....berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan aktiviti hariannya sepanjang beliau bertugas.Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu. setelah puas mencari....
barulah beliau menyedari suara itu datang
dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah
salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah
seorang penyanyi.

Tapi yg hairannya.......beliau melihat pesakit itu..menyanyi dalam keadaan
terlentang.......tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil
menyanyi

Doktor itu terus bertanya " Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang
meniarap pula"

Lalu pesakit itu menjawab " OOooo tadi Side A..ini Side B pulak!!!
KLIK SINI, Teruskan Membaca Suatu Hari Yang Tenang...

Cara2 nak cover malu !

| 0 comments


1. Kalo tersepak batu:

Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde org nampak..

2.
Kalo terjatuh beskal:

Cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak...

3.
Kalo terjatuh tangga:

Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...

4.
Kalo terjatuh dlm longkang:

Pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorang yg amat prihatin terhadap kebersihan...

6.
Kalo terjatuh di dpn bus stop:

Terus buat2 pengsan sehingga ada org membantu anda..kalo takde..baring trus sampai mlm dan takde org lagi kt bus stop tu...haa... ni lah masa sesuai utk bangun semula... .

7. Kalo jatuh tergelincir kt lantai licin:

Tarik la kawan (atau sesiapa yg ada kt sebelah anda) utk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yg dpt malu... ye tak?...

Heheheheeeee………he………he


Artikel ini dipetik dari: http://www.sharimi.proboards78.com/

KLIK SINI, Teruskan Membaca Cara2 nak cover malu !

Related Posts with Thumbnails