5 Etika Mengkritik

|



Jika anda berasa kurang senang terhadap seseorang dan ingin memberitahunya, elakkan dari bersikap melulu/terburu-buru. Kenali dahulu 5 etika mengkritik agar kritikan itu dapat diterima secara positif. Kata orang, nak komen pun biar kena caranya. Barulah orang tak sakit hati.

5 etika mengkritik:

1. Jangan sesekali mengkritik di depan orang lain. Tindakan anda akan memalukan dirinya, dan dianggap tidak profesional, malah ini boleh mengundang rasa tidak puas hati orang lain terhadap anda juga.

2. Cuba mulakan teguran anda dengan pujian atau kata-kata yang membina dahulu.

3. Ciptakan suasana ‘bersahabat’ sebelum anda memulakan ’serangan’.

4. Kritik hanya pada tindakan/perbuatan/perangai, bukan orangnya.

5. Ikhlas ketika mengkritik. Bukan untuk menunjukkan kuasa atau siapa lebih pandai.


Dalam konteks ‘nasihat-menasihati’ demi memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan, rakyat berhak untuk menegur pemimpin yang rosak mengamalkan politik ‘qarun’ dan rakyat juga berhak ditegur oleh pimpinan jika mereka melakukan kesalahan dan kederhakaan. Hak teguran ini digalakkan pada pemerintahan Khalifah Abu Bakar as Siddiq radhiallahu anhu dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur:-

“..Sesungguhnya aku hanya dilantik di kalangan kamu, bukanlah aku yang terbaik daripada kamu, sekiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka apabila aku menderhakai Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku..”"

View blog reactions Cetak Artikel Ini

Artikel² Mengikut Kategori



Share this post

Feeds RSS Subscribe to Feeds RSS
Email Email to RidzCyber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails