Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Fakta Nombor dalam AL Quran

| 0 comments



Ajaib tetapi benar...lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran..didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya...bilangan tentang perkara yang disebutkan didalam Al-Quran ialah:

DUNIA - disebut 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah swt...

~Artikel ini diterjemahkan oleh penulis daripada karya asal yang dipetik daripada "The series of the scientific miracles in Quraan," oleh Dr. Tariq AlSuwaidan..." KLIK SINI, Teruskan Membaca Fakta Nombor dalam AL Quran

Misteri Binaan Piramid Terjawab

| 0 comments


Sekian lama para saintis kehairanan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.



Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.

Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.



Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu buatan.


KLIK SINI, Teruskan Membaca Misteri Binaan Piramid Terjawab

Matematik Dalam Solat

| 0 comments

Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.

Maksudnya?

Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.


Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).

Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.

Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.

Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,

”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).

Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).

Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.

Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.

Posted @ www.isuhangat.net

KLIK SINI, Teruskan Membaca Matematik Dalam Solat

Facebook hampiri angka 500 juta pengguna

| 0 comments

 

FACEBOOK kini dianggarkan sudah memiliki 500 juta orang pemegang akaun. facebook belum membuat pengumuman rasmi tetapi berdasarkan rekod, angka 300 juta diraihnya pada September 2009, 350 juta pada Disember 2009 dan 400 juta pada Februari lalu. Bermakna setiap tiga bulan ia meraih 100 juta pemegang akaun baru. Maka boleh dianggar sejak Februari hingga April, ia sudah melebihi 500 juta.


Seandainya facebook adalah sebuah negara, ia senang-senang menduduki tempat ketiga negara terbesar di dunia di belakang India dan China! Bezanya facebook sebagai sebuah negara, tidak memerlukan sistem politik atau pertahanan ketenteraan. Satu-satunya isu berlarutan yang menjadi keluh-kesah ‘penghuni’ facebook ialah perihal privasi atau kebersendirian.


Pasti ramai yang memiliki akaun facebook sudah melalui proses pengenalan dan pemahaman mengenai fungsi-fungsi yang ada padanya. Ini terutama berkaitan perkara yang boleh diposkan dalam pernyataan atau komen ke atas pernyataan rakan-rakan. Pasti ada yang belajar di peringkat ini bahawa tidak semua menganggap apa yang anda fikirkan (What‘s On Your Mind) sesuai untuk semua orang, meskipun mereka bergelar ‘rakan-rakan’.
Sesekali anda akan terjumpa ayat yang diposkan dalam paparan facebook ini tertera perkataan ‘aku marah sangat’, ‘lapar!’, ‘geramnya!’. Ringkas tapi sarat dengan ekspresi yang menyeru kita untuk memberi pandangan simpati. Daripada sudut psikologi, penulis sedemikian memang berdepan dengan masalah mental. Persoalannya, apakah kita iaitu ‘rakan-rakan’ facebook berkelayakan untuk menjadi perunding psikologi? Apa jadi kalau dalam cubaan menenangkan itu, ia bertukar menjadi kalut dan penulis mental itu berkesudahan mencabut nyawanya sendiri? Bunyinya agak ekstrem tetapi macam-macam kes sudah dilaporkan berkaitan facebook.


Ini sama dengan mereka yang menyatakan dalam ruangan Status Hubungan peribadinya dengan pernyataan ‘Ia adalah rumit’ (It‘s Complicated). Apa yang rumitnya? Kalau dah kahwin, mengaku sajalah. Kalau tidak mahu, tidak perlu nyatakan apa-apa. Bila dinyatakan ‘rumit’, siapa yang merumitkan hubungan? Berhentilah bermain facebook dan sila baik pulih kerumitan hubungan anda!


Sejak ‘terserempak’ dengan gerombolan rakan sekelas 1989, akaun saya tumbuh mendadak. Hasrat untuk mengurangkan bilangan rakan ke paras bawah 300 gagal sama sekali. Masalahnya, terdapat fungsi tidak menarik dalam facebook ini iaitu ciri ‘Orang Yang Anda Mungkin Tahu’ (People You May Know) iaitu menawarkan kawan kepada kawan anda supaya menjadi kawan pula. Ada sesetengah kawan yang dicadangkan itu tidak semestinya anda kenal atau suka pun masa sekolah dulu. Bila dimasukkan sebagai kawan, dia akan kata ‘hello, apa khabar?”. Dan kemudian kembali menyepi sama seperti 21 tahun sebelum ini.


Luahan


Facebook juga semakin kerap menjadi medan luahan politik. Ini mungkin ekoran ledakan kesedaran di kalangan ahli politik mengenai perlunya ada akaun facebook. Secara umumnya diperhatikan, ahli politik yang sudah bertapak lama, tidak banyak mengutus kenyataan. Sesekali mereka memberi komen mengenai isu yang diminati. Yang kerap berbuat demikian ialah pemimpin di peringkat akar umbi. Kadang-kadang boleh tahan tetapi bila sudah emosi, pernyataan yang diturunkan amat menyedihkan. Malah menjengkelkan.


Facebook juga menjadi medan menyaksikan kesedaran politik mendadak di kalangan rakan-rakan sama ada media atau sektor lain. Ini jelas dalam minggu ini berikutan kes flotila pembebasan Gaza. Ramai yang mengutus pernyataan sokongan terhadap aktivis dan mengecam Zionis. .


Entah macam mana facebook boleh disifatkan sebagai platform terbaik untuk menayangkan apa sahaja gambar peribadi daripada wajah diri sendiri sebelum atau selepas dibedak, hinggalah kepada wajah anak-anak. Ada juga yang menjadikan gambar anak sebagai gambar dinding. Mereka lupa ia boleh mengelirukan rakan-rakan sebenarnya.Facebook juga menjadi pentas untuk orang menunjuk-nunjuk destinasi yang dilawatinya. Sebenarnya tidak salah. Gambar itu dituju kepada ‘rakan-rakan’ sahaja, jadi ia bukan menunjuk-nunjuk sengaja. Mungkin ada yang akan kagum dengan destinasi luar negara itu, walaupun setakat Hadyai di selatan Thailand. Tetapi ia sedikit tidak adil kepada rakan-rakan yang hanya mampu bercuti ke pantai Bagan Lalang yang mula segan hendak menyiarkannya dalam facebook.


Tulisan Dan Fletcher dalam majalah TIME menyatakan facebook memiliki lebih banyak kelebihan berbanding ciptaan dalam Internet hari ini seperti Microsoft, Google atau YouTube. facebook memiliki ‘pelaburan emosi para penggunanya’.
facebook menyebabkan kita tersenyum, terkesima, kecewa bila tiada sesiapa memberi reaksi kepada apa yang diposkan, ketawa terhadap rakan sekolah dulu yang kini sudah botak dan gemuk.
facebook kata Fletcher, juga kaya dengan peluang-peluang sentuhan peribadi seperti meraikan langkah pertama anak buah dan menyatakan kesedihan terhadap kematian rakan karib. Namun syarikat facebook, mencipta wang kerana anda, pada satu tahap, menyiarkan detik-detik peribadi itu dalam talian. ‘‘Perasaan yang anda alami di facebook adalah menyentuh perasaan, data yang anda sediakan menyentuh keuntungan syarikat,” katanya.


Terserah kepada diri anda sendiri bagaimana hendak menjadikan facebook ini sebagai wadah yang memberi kelebihan kepada diri atau sebaliknya. Seboleh-bolehnya elakkan daripada mengutus pernyataan berbaur negatif terutama yang bernada menghentam atau mengkritik orang atau apa benda secara keterlaluan. Bila sudah mencecah tahap keterlaluan, anda mungkin mendapati diri anda dihadapkan ke mahkamah dan seterusnya menjadi bahan perbincangan pula dalam facebook.

Oleh Johardy Ibrahim

- UTUSAN

KLIK SINI, Teruskan Membaca Facebook hampiri angka 500 juta pengguna

Elektrik dalam tubuh

| 0 comments

 

SUFFIAN BAKHTIAR memang terkenal dengan sifat periang dan penuh kejutan oleh rakan-rakannya. Tetapi akhir-akhir ini Suffian, 42, menyedari yang dia memang benar-benar boleh mengejutkan rakannya iaitu dengan kejutan elektrik!


Bukan sekali dua dan bukan seorang dua yang pernah mengadu mereka disengat elektrik ringan kala tersentuh lengannya. Ia dapat dilihat apabila rakannya serta-merta menarik tangan mereka.


Adakalanya Suffian turut merasai renjatan itu apabila rakannya menyentuhnya. Dia juga mengakui pernah mengalami kejutan elektrik apabila menyentuh objek besi di pejabatnya.
Sungguhpun tidak terjadi setiap kali bersentuhan, Suffian mula bimbang apabila anak perempuannya mengadu adakalanya ‘sakit’ saat tersentuh tangannya.


Suffian terfikir apakah yang tidak kena pada dirinya? Adakah ia berbahaya jika dibiarkan?
Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Azmi Alias berkata, memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, jelasnya, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia.


Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.


Cas
Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron.
Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif.


“Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi,” katanya ketika ditemui Jurnal di HKL baru-baru ini.


Berbalik kepada masalah Suffian tadi, Azmi berkata, tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil.
Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.


“Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.


“Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.
“Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri,” ujarnya.


Tabiat dan suhu
Jelasnya, seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk.


“Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan.


“Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas,” ujarnya.


“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” katanya.
Ditanya mengapa kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, Azmi berkata, ia mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.


Namun, jelas Azmi, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh badan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa kondisi penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik.


Penyakit
Pertama ialah sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.


“Apabila berlaku keadaan ini, pesakit perlu ke hospital untuk melakukan ujian konduksi saraf di hospital. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan.


Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.


“Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh,” katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat.


Selain itu, penyakit yang boleh menyebabkan renjatan elektrik juga ialah trigeminal neuralgia yang disebabkan tekanan pada saraf trigeminal di otak. Ia menyebabkan wajah dirasakan seperti terkena panas atau renjatan elektrik apabila disentuh angin.


Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.


Sumber: KOSMO

KLIK SINI, Teruskan Membaca Elektrik dalam tubuh

Jenis-jenis kegemukan

| 0 comments

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.


Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :


Gemuk Air

• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


Gemuk Daging


• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan


GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.


Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.


Sumber : Email SYuN / Yahoo Group

KLIK SINI, Teruskan Membaca Jenis-jenis kegemukan

Ketagihan laman sosial maya Facebook

| 0 comments

 


Fenomena Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.


Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.


Kebaikan Facebook diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan Facebook. Pemimpin dapat berkomunikasi secara terus dengan rakyat menerusi Facebook.


Namun, seiring perkembangan positif, laman interaktif sosial Facebook turut menyumbang kepada pelbagai gejala negatif. Di Amerika Syarikat (AS), seorang wanita mati dibunuh kekasihnya kerana menukar status berkahwin kepada bujang.


Seorang pekerja wanita di London pula dipecat selepas mendedahkan keluhannya di Facebook berhubung suasana di tempat kerjanya dengan mengatakan dia membenci tugasnya.


Selain itu, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mati kerana minum racun berikutan hidup dalam ketakutan disebabkan bekas teman lelakinya telah memuatkan gambar tidak senonohnya ke dalam Facebook.


Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.


"Alangkah baiknya kalau dapat berfacebook hari-hari...tapi kalau tak dapat pun tak apa."
Pemikiran sebegini mungkin dapat membantu individu yang tidak dapat berpisah dengan Facebook walau sehari, kata Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.


Menurut Mohamed Fadzil, individu yang ketagihan Facebook tidak menyedari masalah yang dihadapinya. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab individu terdekat membantunya merawat ketagihan itu selepas melihat perubahan sikap, tabiat dan tingkah laku individu berkenaan.


Ketagihan Facebook


"Ketagihan boleh dikenal pasti apabila terbentuknya satu jadual atau proses pelaziman seseorang itu tidak dapat berpisah dengan sesuatu tabiat yang wujud akibat pengaruh atau pancingan.


"Manusia mudah dipengaruhi oleh faktor psikososial iaitu mengikut arus yang berlaku dan mereka percaya sekiranya mereka tidak terbabit, mereka dianggap kumpulan yang ketinggalan dan membosankan," jelasnya yang menganggap sistem itu sebagai tidak rasional.


Tambahnya, penyelesaian ketagihan Facebook boleh dilakukan menggunakan pendekatan ekstrem, kompromi mahupun psikologi.
"Ada pihak kata haramkan penggunaan Facebook. Ini kaedah ekstrem, manakala pendekatan kompromi memberi peluang kepada individu berkenaan untuk menggunakan Facebook tetapi mereka dididik supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menyalah gunakan laman sosial itu.


"Kaedah psikologi perlu bagi mengurangkan ketagihan individu yang mempunyai pemikiran tidak rasional akibat pengaruh Facebook. Di sini perlunya sokongan individu terdekat seperti keluarga, pasangan dan teman rapat," katanya.


Kaunseling, bimbingan dan nasihat mampu membantu menyedarkan individu yang ketagihan Facebook supaya mereka tidak berterusan gagal menguruskan masa dan kehilangan kemahiran sosial akibat terikat dengan komunikasi alam maya.


Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.


"Facebook membuatkan saya leka dan melekat di depan komputer selama berjam-jam tanpa sedar. Tetapi, saya menggunakan alternatif lain iaitu iPhone supaya saya dapat melaksanakan tanggungjawab tanpa membazirkan masa di depan komputer.


"Bagi saya, Facebook dapat meningkatkan komunikasi secara efisien dan tidak patut diharamkan. Tindakan mengharamkan Facebook ibarat menafikan perkembangan teknologi maklumat dan kita akan ketinggalan dalam pelbagai sudut," katanya.


Tambah Faizal, apa yang wajar dilakukan ialah pemantauan daripada kerajaan supaya menyekat laman-laman Facebook yang mengajak masyarakat menghina atau membangkitkan isu-isu yang boleh mengakibatkan perpecahan.


Pembaca berita RTM, Norhaslina Ibrahim berpendapat, masyarakat hari ini memanfaatkan Facebook atas dasar kesibukan dan melaluinya banyak maklumat terkini diperoleh daripada teman-teman serta mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.


"Facebook penting bagi saya kerana saya tidak mempunyai masa untuk berkomunikasi dengan teman-teman rapat dan mengetahui perkembangan diri mereka. Melalui Facebook saya dapat bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang sudah lama terpisah," katanya.


Pelakon dan hos, Julie Woon mengatakan dia tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang berlaku disebabkan Facebook kerana menganggap ia tindakan individu yang mempunyai agenda tertentu.


"Saya sentiasa mengemaskini laman Facebook kerana bidang kerja yang memerlukan saya berhubung dengan teman-teman dan para peminat. Selain itu, banyak ejen mencari saya di Facebook untuk tujuan kerja kerana tidak mempunyai nombor telefon saya," katanya.

- KOSMO!

KLIK SINI, Teruskan Membaca Ketagihan laman sosial maya Facebook

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

| 0 comments

 

 

1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …


a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis


2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)


a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka


3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN


a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.

4. JIKA ANDA DITAHAN


a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan


5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan


6. SELEPAS DITAHAN


a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda


7. SOAL SIASAT POLIS


a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:


S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah


c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.


8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)


a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.


9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)


a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.


10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

Oleh: SUARAM

KLIK SINI, Teruskan Membaca 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

Kelebihan Mandi

| 0 comments

Menurunkan Paras Gula


Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Untuk Kesihatan Jantung

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20minit.


Meredakan Stress

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan Penyakit Kulit

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam
air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Menyembuhkan Selesema Dan Sakit Kepala

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Menyelesaikan Masalah Insomnia

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

 

sumber:http://azharibinhamzah.blogspot.com/

KLIK SINI, Teruskan Membaca Kelebihan Mandi

cara daftar & guna maybank2u online

| 0 comments

Semenjak saya menggunakan Maybank2u, segala urusan perbankan saya menjadi sangat mudah. Saya hanya perlu duduk di depan komputer, layari internet dan voila segala urusan saya selesai. Sebagai seorang pelajar dan blogger, saya selalu melakukan :

1.Pembayaran bil internet, elektrik, air dll

2.Pembayaran sewa rumah

3.Pembelian hosting & domain

4.Pembelian online (topup, hardware komputer, handphone dll)

Jika anda masih belum mempunyai akaun Maybank2u online banking, amat disarankan membuka akaun Maybank2u kerana online banking dapat memudahkan urusan hidup anda. Oleh itu kali ini saya akan berkongsi cara untuk mendaftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking.

Pastikan anda telah mempunyai akaun Maybank dan kad ATM Maybank!

Langkah-langkah membuka akaun Maybank2u

1.Pergi ke mesin ATM Maybank

2.Pilih menu Maybank2U

3.Pilih menu daftar TAC telefon bimbit

 

4.Masukkan no handphone anda dan pilih YA

5.Sekarang pilih menu Pin Laluan Maybank2u

6. Masukkan PIN laluan Maybak2u yang anda mahu. Anda akan diminta memasukkan semula PIN tersebut sebagai langkah keselamatan.

7.Siap proses pendaftaran di ATM!

8.Sekarang akses internet dan buka laman web maybank http://www.maybank2u.com.my/

9.Klik pada First time login please click here

10. Untuk Access Number, masukkan no kad ATM anda. Untuk PIN pula, masukkan no PIN yang anda daftar di ATM (Langkah 6)

11.Sekarang pilih username dan password yang anda mahu gunakan untuk akses akaun Maybank2u anda.

12.Siap! Anda boleh login ke akaun Maybank2u anda menggunakan username dan password pada langkah 11.

Apa itu TAC?

Setiap kali anda melakukan urusan perbankan yang melibatkan pengeluaran duit anda, Maybank2u akan menghantar TAC number ke telefon bimbit anda. Untuk mengesahkan urusan perbankan tersebut, anda perlu memasukkan TAC number yang telah dihantar. Setiap TAC number adalah berbeza setiap kali anda melakukan aktiviti online banking, oleh itu Online Banking adalah selamat selagi username, password dan juga telefon bimbit anda tidak dicuri.

Cara check balance akaun anda & melihat transaction history

Anda mahu melihat baki dalam akaun anda?

Login dan klik pada Accounts & Banking

Baki akaun anda akan dipaparkan

Sekiranya anda mahu melihat transaction history iaitu rekod aktiviti duit keluar masuk akaun anda, klik pada Wadiah Savings Account

Dan klik pada Transaction History. Segala aktiviti debit dan kredit akaun anda akan dipaparkan.

Cara beli topup online

Anda dapat membeli topup dengan mudah menggunakan Maybank2u. Klik pada Buy Online

Jika anda seorang pengguna Celcom, pilih prepaid topup with pin.

Pilih dan continue.

Pilih jumlah topup yang anda mahukan.

Continue

Klik pada Request a TAC number.

Sekarang TAC number akan dihantarkan ke telefon bimbit yang anda telah daftarkan pada langkah3 dan langkah 4.

Masukkan TAC yang telah dihantar klik Confirm.

Sekarang anda telah berjaya membeli no topup anda.:-)

sumber:http://jomphp.com/

KLIK SINI, Teruskan Membaca cara daftar & guna maybank2u online

Bayar Bil SECARA Online

| 0 comments

Bagaimana caranya nak bayar bil online? itulah soalan yang ditanyakan pada saya kesinambungan dari post saya yang lepas mengenai masih ramai bayar bil ikut pejabat pos. Ok, oleh kerana ramai yang nak tahu, saya akan kongsikan bagaimana nak setup favorite bil dan bayar bil hanya dengan beberapa klik sahaja tanpa perlu bersesak nak bayar bil utiliti anda.

Bil yang saya maksudkan ialah segala jenis bil yang menerima bayaran online termasuklah bil telefon (TM, celcom, maxis, digi dll), bil astro, bil PTPTN (kalau ada yang nak bayar elak kena denda), bil air, bil TNB dan sebagainya.. Ok ada beberapa step yang perlu anda ikut iaitu:

  1. Pastikan penerima bayaran anda termasuk dalam sistem bank anda
  2. Kenalpasti nombor akaun bil anda
  3. Jadikan bil anda “favorite bil” supaya mudah nak bayar lepas ni
  4. Pastikan maklumat lengkap id anda
  5. Semak dahulu
  6. Buat bayaran

Ok ni saya tunjuk contoh nombor akaun beberapa bil utiliti yang biasa. Nombor akaun tu yang saya underline tu.

contohbill-TM

bil-tnb

bil-air-saj

bil-celcom

bil-astro

Ok, so setakat ni anda dah tau kan mana nak cari nombor akaun bil utiliti anda? Sekarang kita pergi ke next step iaitu setup bil ni sebagai favourite bil untuk anda bayar bulan2..yerlah nombor akaun kita sama je, cuma nilai bayaran je berbeza setiap bulan..so saya sangat cadangkan korang buat favourite semua bil ni..nanti senang, by click je bil dah terbayar.

Ini contoh buat favourite bil guna cimbclicks.com.my aje ye.Maybank2u lebih kurang jugak stepnya (klik pada gambar untuk besarkan gambar) ;

1- Jom mulakan..Mula-mula anda perlu login ke cimbclicks.com.my dengan username dan password yang telah anda daftarkan. Paparan seperti di bawah akan muncul. Klik pada link “Favourite Bills” di bawah Pay Bills.

bayar-bill1

2- Paparan di bawah akan muncul. Di sini akan ditunjuk senarai bil yang telah anda set sebagai favourite. Kalau baru nak mula, so ruangan ni akan kosonglah. Ok, untuk seterusnya, Klik pada butang “Add New Bills”.

bayar-bill2

3- Di sini, and aperlu masukkan maklumat bil dan penerima bayaran tu. Contoh seperti di bawah ialah saya masukkan bil astro saya. Pastikan “Payee Name” tu betul ek. Bill nickname tu anda boleh letak apa2..Ini hanya untuk memudahkan anda kenalpasti bil tu nanti..Ni penting jika sesiapa bayar bil untuk 2-3 buah rumah. Nombor akaun tu boleh semak seperti saya terangkan kat atas tadi. Kemudian klik “NEXT”

bayar-bill4

4- Paparan di bawah akan keluar untuk pengesahan. Pastikan nombor akaun bil anda tu betul. Kemudian masukkan TAC, pastu klik  ”SUBMIT”

bayar-bill5

5- Pastikan proses di atas tadi successful ye. Kemudian kita pergi ke cara nak buat bayaran pula ye. Anda boleh klik mana-mana link yang ditunjukkan anak panah hijau tu untuk Pay Bills. Jika nak semak balik bil yang anda telah set tadi, boleh semak dengan tekan Active Bills di bawah My Bills seperti ditunjukkan anak panah kuning tu.

bayar-bill6

6- Jika anda klik link Pay Bills tadi, paparan di bawah akan keluar. Ok untuk payment from, ianya anda perlu pilih nak bayar guna akan mana satu. Ni jika anda ada 2-3 akaun atas satu nama. Kalau ada saving account je, so pilih saving account lah. Payment to tu anda pilih bil mana satu yang anda nak bayar. Jika nak pilih yang telah di set tadi, klik pada My List. Tapi jika nak buat bayaran yang belum di set, klik pada Payee List dan pilih kepada siapa anda nak buat bayaran. Pastikan nombor akaun bil anda yang keluar tu betul. Kemudian masukkan nilai bayaran yang ingin dibuat. Untuk bayaran ni, lebih pun takpe sebab nanti akan dipotong dari bil akan datang. Tulah lebihnya guna sistem online ni. Klik “SUBMIT” jika dah berpuas hati.

bayar-bill7

7- Sekali lagi paparan peringatan keluar. Anda diminta semak dan pastikan semua maklumat adalah betul. Jika tidak betul, klik “BACK” untuk perbaiki apa yang silap. Jika dah betul, klik “CONFIRM”

bayar-bill8

8- Paparan last sekali ialah bukti pembayaran telah selesai. Pastikan transaction status tu adalah “Successful” tau, baru dikira dah dibayar bil tu.

bayar-bill9

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga post ni untuk berkongsi ngan anda.Last sekali..jangan lupa pula untuk logout ye lepas buat bayaran.. Semoga entry kali ni mengajar kita sedikit sebanyak ke dunia it..

Dipetik dari : http://wanmus.com

KLIK SINI, Teruskan Membaca Bayar Bil SECARA Online

Manfaat berjalan kaki

| 0 comments

 


Senaman melangkah laju beri kesan kesihatan serta kecantikan


Ramai wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.


Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.

Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.


Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

 

  • Berat badan stabil
  • Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

     

  • Menurunkan berat badan
    Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

     

  • Risiko elak serangan jantung

    Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.
    Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

  • Angin ahmar atau strok
    Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

     

  • Mencegah kencing manis
    Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).
    Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

     

  • Mencegah osteoporosis
    Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

     

  • Meredakan sakit lutut
    Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.
    Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

     

  • Tekanan
    Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

     

  • Kanser
    Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.


    Tip jalan laju

  • Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa
  • Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata
  • Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju
  • Gerakkan lengan ketika berjalan
  • Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu
  • Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman

     

    Oleh Siti Nur Almizan Aripin
    snur@nstp.com.my

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Manfaat berjalan kaki

  • Komputer riba generasi baru

    | 0 comments

    SEORANG model, Sim Mei Fen memperagakan komputer baru jenama Lenovo di One World Hotel, Damansara baru-baru ini.


     

    DENGAN pengalaman hampir dua dekad di dalam industri teknologi, komunikasi dan maklumat, adalah sesuatu yang mustahil jika keempat-empat produk komputer peribadi keluaran Lenovo untuk 2010 tidak menepati cita rasa pengguna yang menantikan kemunculan generasi baru komputer riba mahupun komputer yang serba canggih.

    Bermula dengan IdeaPad S10-3t dan S10-3, generasi komputer riba (netbook) itu tampil penuh gaya dan kaya dengan ciri-ciri multimedia yang menggabungkan portabiliti selain merupakan peneraju teknologi dalam kalangan kategori komputer riba masa kini.

    Menurut Pengurus Siaran Pengedaran Perniagaan Pelanggan Lenovo Malaysia, Yap Hui Hui, S10-3t adalah yang pertama seumpamanya memiliki aplikasi skrin sentuh menjadikan pengalaman penggunaannya berada pada tahap paling optimum.

    "Melalui respon Lenovo NaturalTouch ini segala-galanya hanya di hujung jari sahaja," kata Hui Hui.

    Pengguna akan menikmati pengalaman menakjubkan apabila skrin dengan lebar 25.4 sentimeter (sm) inci tersebut boleh dipusing sehingga 180 darjah dan boleh dilipat sekali gus menjadikannya tablet sentuh yang lebih praktikal untuk digunakan di mana-mana sahaja.

    "Dengan pelengkap ciri Prosesor Intel Atom N450 dan simpanan 250 gigabit HDD, IdeaPad S10-3t dan S10-3 menawarkan pengalaman audio yang hebat di samping pembesar suara stereo dan audio fon kepala Dolby.

    "Kedua-dua ciri komputer riba ini juga disertakan dengan Maplife, iaitu perisian yang mampu mengesan kedudukan lokasi dan sistem perlindungan aktif yang mampu melindungi cakera padat sekiranya komputer riba terjatuh," jelas beliau.

    Harga Lenovo IdeaPad S10-3 ialah RM1,399 manakala Lenovo IdeaPad S10-3t ialah RM1,899.

    Lenovo G460 mengimbangi antara fungsi dan kemampuan pengguna. Ia dilengkapi dengan prosesor Intel Core baru dengan teknologi Intel Turbo Boost dan mempunyai memori sehingga 8GB DDR3 serta simpanan 500 gigabit HDD.

    KOMPUTER riba S10-3t tampil penuh gaya dan kaya dengan ciri-ciri multimedia.


    Pengurus Produk Komputer Meja Pelanggan Asean, Lenovo Malaysia, Jimmy Chin memberitahu, Lenovo G460 mempunyai kelebaran skrin 35 sm 16:9 dengan lampu latar LED Definisi Tinggi (HD).

    "Ia juga datang dengan sokongan grafik HD dan sambungan HDMI yang membenarkan pengguna untuk merasai pengalaman multimedia yang ceria dan segar.

    "Dengan pengalaman yang dipertingkatkan Lenovo bersama perisian Windows 7, pengguna dapat melakukan proses pembukaan, daftar masuk dan penutupan menjadi lebih pantas, selain sistem selenggara yang lebih mudah," katanya.

    Antara ciri lain Lenovo G460 adalah ia disertakan dengan Lenovo Energy Management 5.0 yang memanjangkan jangka hayat bateri dan kurang bunyi bising melalui kawalan kipas yang dinamik.

    "Model ini juga hadir dengan sistem OneKey Rescue iaitu sandaran dokumen satu sentuhan, alat memperbaiki dan pemulihan dan pengenalan wajah VeriFace, yang mempercepatkan proses login dan keluar," katanya mengenai produk yang berharga RM2,249 itu.

    Selain itu, IdeaCentre B500 tidak kurang hebatnya kerana ia menyediakan tahap persembahan yang tinggi - semua dalam satu dan pengalaman hiburan paling hebat dengan ruang memori luas.

    KOMPUTER riba IdeaCentre B500 menyediakan ruang memori yang luas.


    "Model ini dilengkapi dengan Prosesor Intel Core 2 Quad, diskrit grafik berkuasa dan ruang memori sehingga 1 terabit HDD yang membolehkan ia menjadi pilihan pertama bagi mereka yang gilakan permainan komputer dan pengguna multimedia.

    "Dengan kelebaran skrin sehingga 58 sm, berdefinisi tinggi dan pembesar suara JBL-brand yang berkualiti serta bersepadu, ia dapat memberi kepuasan maksimum," katanya.

    Komputer peribadi itu turut disertakan dengan tuner televisyen yang membenarkan ia menerima transmisi TV dan CamSuite iaitu alat yang membolehkan pengguna berada di tengah-tengah fokus kamera web.

    "IdeaCentre B500 dijual pada harga RM3,669," katanya.

     

    Oleh ROSMALINA ABD. KADIR

    -KOSMO

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Komputer riba generasi baru

    KALORI DALAM MAKANAN HARIAN

    | 0 comments

    Berikut adalah makanan harian dan jumlah kalori terlibat untuk panduan anda semua:


    1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
    2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
    3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
    4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
    5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
    6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
    7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
    8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
    9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
    10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
    11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
    12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
    13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
    14. Emping jagung kosong (secawan) =160


    JUMLAH KALORI DALAM LAUK-PAUK


    1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
    2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
    3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
    4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
    5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
    6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
    7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
    8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
    9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
    10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
    11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
    12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
    13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


    MAKANAN SEGERA


    1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
    2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
    3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
    4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
    5. Burger keju (satu) = 425 kalori
    6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
    7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
    8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


    KUIH-MUIH


    1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
    2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
    3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
    4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
    5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
    6. Popia basah (satu) = 95 kalori
    7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
    8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
    9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
    10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
    11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


    JUMLAH KALORI DALAM BUAH-BUAHAN


    1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
    2. Betik (sepotong) = 45 kalori
    3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
    4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
    5. Limau (sebiji) = 42 kalori
    6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
    7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
    8. Epal (sebiji) = 63 kalori
    9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
    10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


    JUMLAH KALORI DALAM MINUMAN


    1.Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kalori
    2.Minuman kotak 250g = 105 kalori
    3.Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kalori
    4.Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kalori
    5.Aiskrim 2 skop= 390 kalori
    6.Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kalori
    7.Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kalori

    KLIK SINI, Teruskan Membaca KALORI DALAM MAKANAN HARIAN

    Mengurus risiko hipertensi

    | 0 comments

    PEMBUNUH senyap, tekanan darah tinggi atau hipertensi kini menjejaskan kehidupan dan kesihatan fizikal lebih satu bilion pesakit di seluruh dunia.

    Di Malaysia, dianggarkan lebih 4.8 juta rakyat menghidap hipertensi yang disifatkan sebagai penyakit gaya hidup paling kronik dan 'giat' menyerang negara-negara membangun.

    Secara tempatan, hipertensi merupakan faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular (jantung) termasuk merokok, aktiviti fizikal tidak bersesuaian dan keadaan klinikal seperti diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, risiko komplikasinya masih boleh dielakkan.

    Ia hanya memerlukan disiplin dalam kawalan diet terutama pengambilan garam selain rejim senaman bagi mengekalkan berat badan ideal.

    Namun mengamalkan disiplin gaya hidup sihat memerlukan perubahan sikap dan kesungguhan dalam melaksanakannya.

    "Untuk mencapai objektif ini, perlu ada usaha kolaborasi antara profesional, penggubal polisi, industri itu sendiri dan tentunya pihak media.

    "Kerjasama antara kerajaan dan industri sama pentingnya. Seperti contoh, industri farmaseutikal boleh membantu menyediakan ubatan pada kos lebih rendah," katanya.

    Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Saintifik Tahunan Ke-7 Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Prof. Datin Dr. Chia Yook Chin, Presiden MSH, Dr. Azani Mohd. Daud dan Pengerusi Saintifik, Datuk Dr. Azhari Rosman.

    Rawatan

    Rawatan bagi tekanan darah tinggi sehingga kini terbukti mampu mengelak timbulnya penyakit kardiovaskular dan membantu memperbaiki kualiti kehidupan pesakit.

    Malangnya pemantauan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bahawa hipertensi kekal sebagai penyakit yang paling lemah pengendaliannya di mana-mana lokasi seluruh dunia.

    "Memang ada peningkatan dari segi kadar rawatan kepada pesakit yang disahkan menghidap hipertensi tetapi kadar kawalan masih terlalu rendah," ujar beliau.

    Dari segi pengurusan hipertensi, katanya, terapi paling efektif mampu mengawal tekanan darah tinggi hanya jika pesakit berkenaan bersungguh mengambil ubat yang disaran dan mengamalkan gaya hidup sihat.

    Katanya, motivasi meningkat apabila pesakit melalui pengalaman positif disokong oleh hubungan komunikasi baik bersama doktor.

    "Perkongsian klinisian (doktor)-pesakit yang berasaskan kepercayaan, hormat dan pengetahuan holistik berhubung pesakit amat penting sekali.

    "Pesakit lazimnya mementingkan kemudahan akses, tidak perlu menunggu terlalu lama dan respons positif yang mempengaruhi kepuasan serta komitmen terhadap rawatan diberikan," jelasnya.

    Kelab Hipertensi Malaysia

    Justeru, peranan pertubuhan profesional seperti MSG amat penting terutama dalam merangka aktiviti dan menyebarkan kesedaran di masyarakat umum mengenai hipertensi.

    Sehingga kini pelbagai garis panduan ke arah pengurusan hipertensi yang efektif telah diterbitkan.

    Sebagai bahan rujukan yang penting dalam amalan klinikal, garis panduan tersebut harus dibuat berdasarkan fakta dan bukti yang terkini.

    Sejajar dengan itu, Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) edisi ketiga Pengurusan Hipertensi diterbitkan dua tahun lalu dan Panduan Rujukan Pantasnya dilancarkan pada Mesyuarat Saintifik MSH tersebut.

    "Hipertensi merupakan penyakit membawa maut dan dalam kebanyakan kes, pesakit langsung tidak melalui diagnosis.

    "Sedangkan, tekanan darah mesti diperiksa jika peluang itu timbul dan doktor berkenaan harus berusaha membantu pesakit yang disyaki menghidapnya," tambah beliau.

    Selain itu, adalah penting bagi pengamal perubatan memaklumkan pesakit tentang pentingnya mengambil ubat dan risiko kesan sampingan bagi mengawal tekanan darah dengan betul.

    Pada masa sama, MSH menubuhkan Kelab Hipertensi Malaysia (MHC) terdiri daripada ahli di kalangan pesakit dan penjaga untuk menyebarkan kesedaran dan mempromosi kaedah penjagaan bagi penyakit tersebut.

    Untuk maklumat lanjut mengenai hipertensi, kunjungi laman web www.msh.org.my atau Kelab Hipertensi Malaysia di http://mhc.msh.org.my.

    sumber: Utusan Malaysia

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Mengurus risiko hipertensi

    Denggi penyakit orang bandar

    | 0 comments

    BAGI mereka yang masih menganggap penyakit bawaan nyamuk aedes iaitu denggi satu penyakit boleh dirawat, buang segera tanggapan itu.

    Ini kerana, sehingga hari ini belum ada vaksin yang benar-benar mampu menyembuhkan penyakit tersebut secara menyeluruh. Lebih membimbangkan ia mampu menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

    Mengikut kajian yang dijalankan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil sebarang langkah berjaga-jaga untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Maknanya mereka tiak mengambil berat tentang bahaya penyakit ini.

    Senario ini berlaku kerana masyarakat berfikir demam denggi ada penawar dan beranggapan kawasan rumah mereka sudah cukup bersih dan jauh daripada nyamuk aedes.

    Menurut Pengurus Pemasaran Sara Lee Malaysia Sdn. Bhd., Putri Shireen Syed Othman, kes demam denggi terus meningkat disebabkan salah tanggapan masyarakat selain sikap sambil lewa yang ditunjukkan.

    Ia juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengetahuan serta kesedaran rakyat Malaysia mengenai penyakit yang dibawa oleh nyamuk aedes itu masih rendah.

    ''Untuk pengetahuan bersama, walaupun hanya terdapat tompokan air sebesar syiling 20 sen, nyamuk aedes sudah boleh membiak malah pembiakan dalam air yang kotor bukanlah tabiat nyamuk aedes.

    ''Selain suka membiak di tempat-tempat tersembunyi dan gelap sama ada dalam mahupun luar rumah. Nyamuk aedes juga bukan sahaja menggigit pada waktu subuh dan senja tetapi sepanjang hari.

    ''Dengan hanya satu gigitan sahaja kita boleh mendapat penyakit denggi dan ia juga boleh menyebabkan kematian,'' jelasnya ketika ditemui wartawan Mega baru-baru ini.

    Jelas Shireen lagi, pihaknya telah melakukan kajian bersama Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini dan mendapati nyamuk aedes boleh terbang sejauh 200 meter dan juga terbang tinggi sehingga 750 meter (tingkat 21).

    Bukan setakat itu sahaja, nyamuk aedes juga boleh dikategorikan sebagai seekor nyamuk yang pintar dan suka persekitaran yang bersih.

    Tambah Shireen, pihaknya juga telah membuat kaji selidik pada November dan Disember tahun 2008 dengan kebenaran Kementerian Kesihatan.

    Kaji selidik tersebut tertumpu di kalangan penduduk bandar di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Ini kerana demam denggi merupakan masalah yang lebih dihadapi oleh penduduk bandar berbanding luar bandar.

    Ini dapat dibuktikan dengan jumlah bilangan kes demam denggi di luar bandar adalah kurang berbanding di bandar.

    Objektif kaji selidik tersebut untuk mengenalpasti apa yang masyarakat tahu mengenai penyakit denggi dan tanggapan mereka mengenai penyakit tersebut.

    Hasil daripada kaji selidik yang dilakukan telah menyaksikan bahawa masyarakat hari ini mengambil sikap sambil lewa dalam usaha memerangi nyamuk aedes.

    ''Ini kerana mereka juga beranggapan menghapuskan nyamuk aedes adalah tanggungjawab kerajaan dan bukan diri sendiri.

    ''Dalam hal ini kerajaan sudah buat apa yang termampu selain mengiklankan cara-cara memerangi nyamuk aedes di samping merangka pelbagai program dalam usaha menyedarkan masyarakat bahawa penyakit yang dibawa oleh nyamuk aedes adalah merbahaya.

    ''Sekarang adalah masanya untuk kita sama-sama memerangi pembiakan nyamuk aedes dan ini memerlukan kita semua bersatu padu untuk menangani masalah ini,'' akui Shireen.

    Lazimnya tidak susah bagi individu untuk menjaga kawasan rumah kediaman daripada menjadi pusat ternakan tidak rasmi kepada larva-larva nyamuk ini.

    Hanya perlu luangkan masa selama 10 minit dalam seminggu untuk membersihkan piring pasu bunga, tayar buruk, tangki, kolah dan sebarang bentuk takungan agar tidak menjadi sarang pembiakan aedes.

    Orang ramai juga disaran menggunakan racun serangga aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa dalam rumah seminggu sekali.

    Ini sekali gus mampu menghapuskan kitaran nyamuk aedes yang mengambil masa selama seminggu untuk membesar.

    Ujar Shireen, hanya keprihatinan masyarakat terhadap bahaya nyamuk aedes dapat membantu mengawal penyakit itu daripada terus membunuh manusia.

    Katanya, dengan pelbagai usaha yang dilakukan itu, pihaknya berharap dapat mengubah sikap penduduk daripada kurang peka kepada peka terhadap keadaan di persekitaran rumah mereka.

    Dari semasa ke semasa juga katanya, Ridsect , jenama nombor satu bagi racun serangga isi rumah di Malaysia yang bernaung di bawah syarikat Sara Lee Malaysia Sdn. Bhd., telah merencanakan pelbagai program untuk meningkat kesedaran orang ramai.

    Menerusi program yang diadakan seperti gotong royong dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan komuniti setempat, pendidikan di sekolah-sekolah, road show di serata negara dan sebagainya, diharap masyarakat akan lebih peka terhadap bahaya penyakit ini.

    Pada masa sama mereka juga harus boleh mengenali simptom diserang penyakit itu dan sentiasa menjaga kebersihan.

     

    Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA

    -Utusan Malaysia

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Denggi penyakit orang bandar

    Caj TNB Mahal? : Sebagai Panduan Untuk Jimat

    | 1 comments

     


    Adakah Anda Tahu?


    Tahukah anda tariff elektrik kat Semenanjung Malaysia nie?


    Bagi kita di Semenanjung Malaysia ni, Tariff TNB sekitar 30sen hingga 45sen per kilowatt-jam (kWh) mengikut penggunaan kita seharian. Semakin banyak penggunaan semakin mahal kita bayar bil elektrik.


    Seorang bekas pelajar dalam jurusan Elektrik Domestik & Industri, berkongsi ilmu bagi manafaat bersama.


    Jadual anggaran kasar tentang berapa banyk kos yang berjalan dalam satu jam yang boleh dikongsi bersama, ini hanya anggaran:-


    KLIK SINI, Teruskan Membaca Caj TNB Mahal? : Sebagai Panduan Untuk Jimat

    14 Kuasa Hebat Teh

    | 0 comments

    Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

    1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.


    2. Teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.


    3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%


    4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E


    5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.


    6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.


    7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan


    8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.


    9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.


    10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.


    11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.


    12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.


    13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.


    14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

    KLIK SINI, Teruskan Membaca 14 Kuasa Hebat Teh

    Diet: Apa Jenis Darah Anda?

    | 0 comments

     

     

    darah

    Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?


    Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.

     

    Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.


    Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

     

    DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’


    Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
    Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.


    Ciri khas individu jenis darah A:
    • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
    • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
    • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
    • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
    • Cukup beristirehat


    Menu diet yang dianjurkan:
    Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
    Snek: Jus anggur / kopi
    Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
    Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
    Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


    DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’


    Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.


    Ciri khas golongan darah B:
    • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
    • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
    • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.

    • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.


    Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.


    Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

    Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

     

    Menu diet yang dianjurkan:
    Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
    Snek: Jus anggur
    Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
    Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
    Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


    DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’


    Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
    Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.


    Ciri khas individu jenis darah AB:
    • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
    • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
    • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan


    Menu diet yang dianjurkan:
    Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
    Snek : Yogurt
    Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
    Snek: Kek keju dan teh herba
    Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi



    DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’


    Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

     
    Ciri khas golongan darah O:
    • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
    • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
    • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
    • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
    • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian


    Menu diet yang dianjurkan:
    Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
    Snek : Teh herba
    Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
    Snek : Sepotong kuih
    Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
    Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

     
    Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Diet: Apa Jenis Darah Anda?

    Firefox terbaru 3.6 kini dilepaskan

    | 0 comments

     

    feature-logo

     

    Firefox 3.6 telah pun dilepaskan secara rasminya dan sedia untuk dimuat turun oleh para pengguna. Firefox 3.6 merupakan pelayar web pihak ketiga pertama yang menyokong fungsi Aero Peek dan Thumbnail Preview sekaligus meninggalkan pelayar web yang lain seperti Opera, dan Google Chrome.

    Firefox 3.6 membawakan pelbagai peningkatan dan ditujukan khas kepada pembangun web, serta pengguna biasa.

    Menariknya, firefox 3.6 juga membawakan fungsi Personas untuk mendapatkan rekabentuk pelayar yang memenuhi citarasa pengguna.

    Download firefox 3.6:  http://www.mozilla.com/products/download.html?product=firefox-3.6&os=win&lang=en-US

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Firefox terbaru 3.6 kini dilepaskan

    Related Posts with Thumbnails