Jimatkan Elektrik Anda

|



Mungkinkah anda sering keberatan untuk melihat bil elektrik setiap kali bil baru sampai ke pintu rumah?Ini kerana tentu anda tidak mahu memeningkan kepala dengan memikirkan beban bil elektrik yang terpaksa di bayar.

Oleh itu, biarlah saya kongsikan beberapa tips di bawah supaya ANDA dapat menjimatkan bil eletrik bulanan.


Baiklah, kita mulakan dengan penjimatan di ruang tamu yang selalunya kerap kita gunakan samada untuk menonton tv atau membaca surat khabar atau sambil bersantai bersama-sama keluarga.

1) Tutup suis elektrik yang tidak digunakan.

2) TV, Pemain VCD/DVD, Video Game, HiFi, Tutupkan suis peralatan di atas jika tidak digunakan. Sekiranya dibiarkan pada keadaan 'tunggu sedia', tenaga elektrik masih digunakan.

3) Penghawa Dingin-Tutup bidai dan langsir bagi menghalang cahaya matahari masuk ke ruang yang ingin didinginkan.

-Cuci penapis udara sekerap yang mungkin. Penapis udara yang kotor menyebabkan penghawa dingin menggunakan lebih tenaga elektrik.

-Tetapkan suhu di antara 22C - 26 Celcius untukkeselesaan suhu yang optimum.

-Jangan halang unit luar (compressor) daripada mendapat kitaran udara yang maksimum.


4) Lampu-Padam lampu apabila tidak digunakan.

-Sebaik mungkin yang boleh gunakanlah cahaya semulajadi.

-Gunakanlah mentol 'energy saving'. Ia bukan sahaja menjimatkan elektrik malah tahan lebih lama.


5) Cerek letrik

- Masak air mengikut sukatan air yang diperlukan.

6) Mesin basuh

-Gunakan mesin basuh dengan sepenuh muatan tanpa melebihi had.

-Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan saiz keperluan keluarga anda.



7) Peti sejuk-

-Pastikan muatan peti sejuk adalah berpatutan.Muatan yang berlebihan akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada yang sepatutnya.

-Sejukkan makanan terlebih dahulu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk.

-Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat dan dibuka apabila perlu.

-Tempatkan peti sejuk sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding supaya motor peti sejuktidak terlebih beban.


Satu kajian dari University of Southern California’s Energy Institute mengatakan sekitar 5-10 % rata rata rumah membuat pembaziran tenaga elektrik secara percuma (dalam mod standby). Setiap isi rumah terus membayar tenaga yang tidak digunakan hingga 130 dollar setiap tahunnya. Bahkan ada kemungkinan pemakaian elektrik yang tidak digunakan lebih besar dibandingkan pemakaian purata seseorang setiap hari.

Laporan Department of Energy mengatakan beberapa alatan elektronik tertinggi pembaziran elektrik.
TV Plasma $165 ,
Cable Box $10,33,
Tv jenis CRT $5,16
Kotak Astro $
dan VCR $3.10
setiap tahunnya

Adaptor handphone $1.99
Desktop Computer: $6.20
Laptop (fully charged): $2.06
LCD Computer Monitor: $1.03
Wireless Router: $4.13DSL
Modem: $5.16
External USB Hard Drive: $2.06
Computer Speaker System: $5.16
Inkjet Printer: $4.28
DVD Player: $3.60
Powered Subwoofer: $15.50
Microwave Oven: $2.48
DVR menghabiskan $27.9,
Radio stereo $41.34 setiap tahun.

Secara total penduduk dunia membuang tenaga tanpa disedari, dan menjadi penghasil 1 peratus polusi dari gas karbon dioksida hanya untuk hal yang tidak perlu.

Untuk penjimatan caranya sangat mudah, biasakan mencabut kabel power elektrik dari soket plug selepas selesai penggunaan. Atau tambahan switch utama untuk power bila tidak ingin selalu mencabut plug power.

Lain-lain faedah dapat menyelamatkan dari kilat yang boleh merosakan alatan anda.

View blog reactions Cetak Artikel Ini

Artikel² Mengikut Kategori



Share this post

Feeds RSS Subscribe to Feeds RSS
Email Email to RidzCyber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails