Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik

| 0 comments


Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).


Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).


Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.

Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.

Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Qur’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41

kredit to: isuhangat.net

KLIK SINI, Teruskan Membaca Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik

Tips menjadi pasangan yang baik

| 0 comments

 

image

 

Kurang berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka.

Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.

Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan.

Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.

Berikut 10 tip bagaimana menjadi pasangan yang baik sekali gus memperbaiki hubungan rumah tangga atau percintaan.

1) Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Jangan Bandingkan dia dengan orang lain: Setiap pasangan mahukan kesempurnaan dlm perhubungan.Oleh itu masing2 harus berfikiran terbuka.Yang penting jangan bandingkan si dia dengan bekas kekasih atau dengan sesiapa pun.Walaupun dari segi percakapan,perangai,perlakuan,pakaian,dan apa2 lagi. Fikirkan cara yg tidak akan menyakiti hati si dia jika kamu ingin atau mahu mengubahnya. Seharusnya terimalah keadaannya seada2nya dan jgn harapkan sesuatu yg di luar kemampuannya.

4)Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil pe rhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8) Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.

KLIK SINI, Teruskan Membaca Tips menjadi pasangan yang baik

Mengapa perlu bertengkar?

| 0 comments


Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. Perumpamaan ini memang cukup sinonim dengan kemelut yang melanda pasangan yang berkahwin.


Konflik, bertengkar dan bertikam lidah merupakan asam garam kehidupan berumah tangga.
Dalam sebuah perkahwinan, jika tidak pernah berlaku pertengkaran itu menandakan matinya emosi. Malah pertelingkahan juga ada 'manisnya'.


Sebenarnya pertelingkahan turut memberi impak positif kepada hubungan suami isteri kerana kadang kala ia mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri .


Namun ini bukan bermakna kita sentiasa perlu bersetuju pada setiap masa bahawa pertengkaran itu sebagai tindakan yang bagus dalam perhubungan .


Apabila sesuatu yang tidak diingini pada pasangan maka berlakulah pertengkaran. Ini berlaku dengan harapan perkara yang tidak baik pada pasangan itu akan hilang.


Pertengkaran sebenarnya merupakan proses di mana pasangan suami isteri itu cuba untuk menyatukan cita rasa, tujuan, keinginan dan cara hidup mengikut kehendak sendiri


Dalam proses tersebut, keengganan oleh satu pihak menyebabkan sebelah pihak lagi memendam perasaan, hal ini akan menyebabkan sebelah pihak lagi tidak puas hati lalu tercetus pertengkaran.


Meluahkan isi hati
Untuk proses tersebut, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing bagi meredakan permasalahan yang berlaku dalam hubungan mereka.
Tidak dinafikan, ada yang enggan berbincang kerana bimbang akan berakhir dengan sebuah pertengkaran.
Mereka lebih rela memendam saja perasaan dan berharap segalanya akan berubah dengan sendiri dan menjadi baik suatu hari nanti.


Dalam permasalahan ini, suami isteri seharusnya tidak menyalahkan antara satu sama lain kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.


Situasi tegang akan menjadi lebih parah apabila salah seorang mengungkit kelemahan pasangan.


Sebaliknya, tumpuan hendaklah hanya kepada pokok permasalahan bukan hingga meleret kepada perkara yang tidak berkait.


Dalam pada itu, jangan sesekali kita menggunakan kata-kata kasar semasa 'bertikam lidah', sebaliknya teruskan gunakan nama yang sering digunakan.


Jika sebelum bergaduh memanggil pasangan dengan panggilan 'sayang' teruskan gunakan panggilan tersebut.


Biar apa pun gelombang pertengkaran yang berlaku antara anda suami isteri, pastikan ia tidak berlaku di hadapan anak-anak.


Hal ini penting kerana ia boleh menjejaskan emosi mereka, malah keadaan ini akan menyebabkan anak-anak akan membuat persepsi yang negatif mengenai ibu bapa.


Tidak mustahil perkara tersebut akan diceritakan kepada kawan-kawannya.
Dalam mengemudi perkahwinan, adalah menjadi asam garam berlaku pertelingkahan dalam hubungan tetapi dalam apa jua keadaan, sentiasa dibatasi dengan kesabaran.


Emosi
Jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri dan jangan sesekali bertindak menggunakan fizikal seperti memukul atau melemparkan barang-barang.


Keadaan ini hanya merugikan diri sendiri sedangkan masalah tidak juga selesai.


Dalam masalah ini, mungkin anda tidak dapat menegakkan kebenaran atau tidak mampu memberikan hujah yang kukuh, tetapi itu bukan bererti anda sudah tewas.


Malah, jangan sesekali membenarkan orang ketiga masuk campur dalam pertengkaran, seperti ibu bapa, mertua ataupun adik beradik. Kehadiran mereka sebenarnya akan menyebabkan situasi semakin parah.


Oleh itu, jika dapat selesai masalah, berbincang dengan baik demi hubungan suci yang dibina. Anggaplah pertelingkahan yang berlaku sebagai asam garam kehidupan yang boleh mematangkan diri masing-masing.


Ingatlah, anda dan pasangan adalah dua insan yang berbeza. Pasangan anda telah dibesarkan mengikut caranya sejak dari kecil, manakala anda pula dibesarkan cara tersendiri.


Anda bertemu dengannya setelah sama-sama dewasa, jadi jangan sesekali cuba menjadikan dirinya sama seperti anda.


Cuba hormati dengan tindakan yang dilakukan. Jika tidak berkenan hati, luahkan dengan penuh diplomasi dan berikan contoh terbaik untuk dirinya berubah.


Jangan anggap kita sentiasa di pihak yang betul, pastikan sama-sama bekerjasama dan bertolak ansur dalam mengemudi alam perkahwinan semoga ia kekal hingga sampai bila-bila.

Selepas bertengkar, jangan biasakan menyendiri atau meninggalkan pasangan, keadaan ini hanya merugikan sahaja.


Selesai bertengkar, peluklah pasangan seerat mungkin, biarpun kita bersalah ungkapkan perkataan maaf dan minta perkara begitu tidak berlaku lagi.
Anggaplah pertengkaran sesuatu yang positif kerana membolehkan anda dan pasangan semakin mesra.

Oleh Zuhayati Yazid

KLIK SINI, Teruskan Membaca Mengapa perlu bertengkar?

Bagaimana Islam mengajar untuk memberi nasihat

| 0 comments

 

 

 

Agama adalah nasihat. Begitulah yang telah di tuturkan oleh qudwah kita Rasulullah SAW. Hal ini menunjukkan betapa tinggi dan agungnya sebuah nasihat dalam Islam.


"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya." (HR. Bukhari dan Muslim).


Nasihat adalah mencintai untuk sesama muslim apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri, membimbingnya kepada kebaikan, menunjukannya kepada kebenaran apabila ia keliru, mengingatkannya bila lupa dan menjadikannya seorang saudara.


Nasihat adalah saling memberitahu sesama muslim dan nasihat bukanlah dengan mencari-cari kesalahan,apabila ia keliru, ditutupi aibnya. Itulah nasihat yang akan mempereratkan tali ukhuwah dan memperkukuh bangunan iman.


Rasulullah SAW bersabda :
"Seorang mukmin bagi mukmin yang lainnya adalah bagaikan sebuah bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya." (HR.Bukhari dan Muslim)


Akan tetapi apabila nasihat telah dicampur adukkan dengan celaan, hinaan serta dijadikan sebagai topeng untuk mencapai tujuan yang tidak baik (balas dendam, hasad, mempermalukan dsb). Maka ini adalah perbuatan yang tercela yang wajib dijauhi oleh setiap muslim, kerana akan menimbulkan bahaya dan kerosakan.


MENJAGA LISAN AGAR SELALU BERBICARA BAIK


Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata dengan perkataan yang baik atau diam." (HR.Bukhari dan Muslim).


Imam Asy-Syafi'i Rahimahullah menjelaskan bahawa:
"Apabila seseorang ingin berbicara maka hendaklah ia berfikir terlebih dahulu. Jika dalam perkiraanya perkataan tersebut tidak akan membawa mudharat maka silakanlah berbicara. Akan tetapi jika perkataan tersebut akan membawa mudharat atau tidak (ragu-ragu) maka hendaklah ia tidak berbicara. Orang yang berakal seharusnya lebih banyak mempergunakan telinga daripada mulutnya. Dia perlu menyedari bahawa dia diberi dua telinga dan satu mulut adalah supaya dia lebih banyak mendengar daripada bicara. Seringkali orang menyesal di kemudian hari kerana perkataan yang diucapkannya".


Dan sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya seorang mukmin yang mengucapkan suatu perkataan yang tidak difikirkan apa akibatnya akan membuatnya terjerumus dalam api neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak antara timur dan barat." (HR.bukhari dan Muslim).

Al-Hasan berkata, "Berakhlak baik itu adalah bermuka cerah, ramah dan tidak menyakiti orang lain."


Adz-Dzahabi berkata, "Demikianlah adanya. Kita terkadang melihat seseorang tampak wara' dalam menjaga makanan, pakaian dan pergaulanmya. Namun apabila berbicara, ada hal yang seharusnya tidak disertakan dalam ucapannya namun ia sertakan juga. Adalakanya ia berusaha tetap jujur, namun ia memperbagus ucapannya agar dipuji sebagai orang yang fasih..."


HUKUM BERBURUK SANGKA DAN MENCARI-CARI KESALAHAN


Allah berfirman yang bermaksud:
"Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Janganlah kamu mengejek sebahagian yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudaramu yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." ( Al-Hujurat: 12).


Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakkan prasangka, kerana sebahagian tindakan prasangka ada yang merupakan dosa. Dalam ayat ini juga ada larangan untuk berbuat tajassus (mengintip). Tajassus adalah mencari kesalahan atau keburukan orang lain yang biasanya adalah akibat dari prasangka buruk.


Abu Qilabah Abdullah bin Yazid Al-Jurmi berkata:
"Apabila ada tindakan saudaramu yang tidak kamu sukai, maka berusaha keraslah mencarikan alasan untuknya. Maka katakanlah kepada dirimu sendiri; saya kira saudaraku itu mempunyai alasan yang tepat sehingga melakukkan perbuatan tersebut".


Abu Hatim al-Hiban berkata dalam kitab Raudhal al-Uqala:
"Sementara orang yang sibuk mencari keburukan orang lain dan melupakan keburukan dirinya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya... Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana berprasangka baik merupakan cabang keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak membuatnya sedih atau berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprangka buruk kepada saudaranya. Dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita."


AKHLAK RASULULLAH
Akhlak adalah suatu gerakan yang berasal dari jiwa seseorang, yang menjadi sumber perbuatannya yang bersifat alternative -baik atau buruk - sesuai dengan tingkat pendidikan yang sampai kepadanya atau tingkat pemahaman agamanya.


Apabila jiwa ini dididik untuk mencintai kebaikan dan membenci keburukan, maka akan lahir darinya perbuatan-perbuatan yang baik serta akan mudah baginya apa yang disebut dengan akhlak yang baik. Seperti malu, murah hati, lemah lembut, sabar, bertanggung jawab, dermawan, berani, adil, dan lain-lain.


Sebaliknya apabila jiwa itu tidak dididik sebagaimana mestinya maka akan muncul darinya perbuatan dan perkataan yang hina, kotor dan cacat, yang akan melahirkan perbuatan khianat, suka mencaci maki, berdusta, dan lain lain.


Oleh kerana itu Islam sangat menekankan akhlak yang baik dan senantiasa menyeru kaum muslimin untuk membinanya dan mengaplikasikan dalam kehidupan mereka. Dan tak ada seorang pun yang keagungan akhlaknya melebihi keagungan akhlak Rasulullah SAW sehingga dalam banyak tempat Allah SWT sering memuji tentang akhlak Rasulullah SAW.


Seorang sahabat pernah bertanya kepada Aisyah Radhiyallahu ‘Anha tentang akhlak Rasulullah SAW, maka dijawab oleh Aisyah Radhiyallahu ‘Anha sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Qur'an.


Sesungguhnya Allah menjelaskan bahawa Rasulullah SAW adalah sebagai seorang yang agung. Allah berfirman yang bermaksud:
"Sungguh kamu memiliki akhlak yang agung." ( Al-Qalam: 4 )


Allah juga menjelaskan bahawa Rasulullah SAW juga adalah orang yang ramah dan lemah lembut. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dengan sebab rahmat Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentu mereka menjauh dari sekelilingmu." ( Ali-Imran: 159).


Allah juga menjelaskan bahawa Rasulullah SAW adalah orang yang penyayang dan memiliki belas kasih terhadap orang yang beriman. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang seorang rasul dari kaummu sendiri. Yang berat memikirkan penderitaanmu, sangat menginginkan kamu (beriman dan selamat), amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin." ( At-Taubah: 128)


Inilah akhlak Rasulullah SAW yang sangat menakjubkan apabila kita yang mengaku pengikut Allah dan Rasul tapi memiliki hati kasar, lidah yang kotor dan tidak boleh membezakan mana perkataan yang baik dan mana perkataan yang buruk. Dan adalah amat pelik apabila kita tidak tahu mana perkataan yang akan menyakiti seseorang mana yang tidak.


KETIKA DALAM MEMBERI NASIHAT
Berkaitan dengan cara menasihati orang yang melakukan kesalahan, perlu diperhatikan beberapa perkara:


1. Hendaknya nasihat tersebut dilakukan dengan penuh keramahan dan lemah lembut disertai keinginan yang kuat untuk menyelamatkan orang yang salah tersebut dari kesalahannya apabila kesalahannya tersebut memang terbukti.


2. Apabila berita yang didengar tentang saudaranya masih samar, maka hendaknya dia mengemukakan prasangka baik sebagaimana yang diucapkan oleh Amirul Mukminin Umar bin Khattab berkata:


"Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaklah engkau selalu membawa perkataan saudaramu tersebut kepada persangkaan yang baik."


3. Apabila seseorang telah menasihati saudaranya, maka bererti ia telah menunaikan kewajiban dirinya. Maka hendaknya ia tidak mengikuti gerak-geri orang yang dinasihati serta tidak menceritakannya, apalagi memburuk-burukannya di depan orang lain. Sebaliknya, selayaknya dia menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat, baik bagi dirinya mahupun bagi orang lain.


4. Apabila dikatakan kepada seseorang tentang kesalahan yang dilakukannya, maka ini adalah perkara yang baik. Berkata sebahagian Ulama’ pada saudaranya: "Janganlah kamu menasihatiku hingga kamu mengatakan apa yang tidak aku suka dihadapanku". Apabila seseorang memberitahukan kepada saudaranya tentang kesalahan yang ia lakukan maka itu adalah suatu kebaikan. Dan bagi orang yang memiliki kesalahan (aib) hendaklah ia diberi kesempatan untuk memberi alasan jika ia mempunyai alasan. Sebaliknya jika si pemberi nasihat memberitahukan (aib) dengan cara memburuk-burukkan orang tersebut maka ia adalah orang yang buruk akhlaknya dan tercela.


5. Rasulullah SAW melarang memburuk-burukkan dan mencela orang yang melakukan dosa tapi telah bertaubat. Seperti Nabi Muhammad SAW melarang mencela wanita yang berzina akan tetapi telah taubat dengan menjalani hukuman.


Berkata Al-Fudhail:
"Seorang mukmin menutupi aib dan menasihati, sedangkan seorang yang keji membukanya dan memburuk-burukkan." Yang disebutkan oleh Al-Fudhail adalah salah satu tanda-tanda menasihati adalah diiringi dengan menutupi aib/kesalahan orang yang dinasihati. Sedangkan mencela atau memburuk-burukkan diiringi dengan menceritakannya di depan orang lain".


6. Adapun orang menyebarkan aib, maka ini termasuk yang diharamkan oleh Allah, kerana kecintaannya untuk menyakiti saudaranya sesama mukmin dan menimpakan merbahaya kepadanya. Ini adalah sifat Iblis laknatullah yang dihiasi dengan kekufuran, kefasikan dan maksiat agar anak cucu Adam menjadi penghuni neraka.


Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji tersebut tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( An-Nur: 9)

KLIK SINI, Teruskan Membaca Bagaimana Islam mengajar untuk memberi nasihat

Dengar dahulu,nilai kemudian

| 0 comments

 

Komunikasi yang berkesan mewujudkan suasana yang hamorni di pejabat.


Kejayaan seseorang pekerja secara berpasukan bukan sahaja bergantung kepada tahap profesionalisme dan kesungguhan kerja yang dipraktikkannya.

Sebahagian lagi aspek yang perlu diberi perhatian adalah keberkesanan jaringan perhubungan dirinya dengan orang lain.

Di sebalik kemajuan teknologi maklumat yang memudahkan urusan perhubungan, kemahiran berkomunikasi yang dimiliki seseorang pekerja adalah elemen teras bagi pertukaran maklumat yang berkesan.

Dalam kehidupan seharian, terutama dalam perbualan interpersonal, kegagalan komunikasi sering kali menyebabkan salah faham dan salah tanggapan di antara rakan sekerja.

Sukar untuk dipercayai, kegagalan komunikasi sebenarnya tidak selalu terjadi gara-gara perbezaan budaya atau bahasa.

Sebaliknya, ramai pula yang menghadapi masalah untuk membina perhubungan sihat dengan majikan atau pekerja bawahan kerana masalah remeh seperti kekangan komunikasi, persepsi negatif, syak wasangka, gosip sekeliling dan masalah peribadi.

Walau bagaimanapun, perhubungan yang sihat boleh tercetus apabila komunikasi yang lebih berkesan berlangsung dalam sesebuah organisasi.

Dalam hubungan tersebut, kefahaman yang bersifat bertimbal balik mudah terjalin selagi kerelaan untuk mendengar dan berkongsi pendapat boleh dicapai secara bersama.

AMALAN komunikasi yang sihat adalah dengan cara tolak-ansur dan tidak gopoh membuat persepsi negatif.


Setiap individu di pejabat pasti mahukan suasana yang aman di tempat kerja. Dengan mengamalkan cara berkomunikasi yang berkesan, kelancaran penyampaian maklumat pasti mudah terlaksana.

Komunikasi yang berkesan juga, membolehkan hubungan antara rakan sekerja sentiasa dalam keadaan baik sekali gus menjadikan suasana bekerja lebih harmoni.

Andai berlaku salah faham dalam sesuatu hubungan, ia adalah kerana ada halangan dalam penyampaian itu. Justeru, bagi menjaga hubungan baik semua pihak di tempat kerja, tip-tip berikut boleh dijadikan panduan:

1) Fokus pada maklumat, bukannya pada penyampainya

Kadang-kadang seseorang itu mempunyai pandangan tersendiri tentang seseorang yang lain sebelum betul-betul mendengar apa yang hendak disampaikannya. Apabila perasaan prejudis wujud di antara dua individu, maklumat yang disampaikan tidak dapat dihayati sepenuh perhatian dan ketelusan.

2) Dengar dahulu dan nilai kemudian

Seseorang perlu cuba memahami pandangan orang yang bercakap, menterjemah pendirian dan keperluannya. Jika perlu untuk penerangan lanjut, jangan malu untuk berbuat demikian.

ELAKKAN ketegangan di pejabat kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerja.


Penilaian boleh dibuat selepas perbualan berakhir. Jangan sesekali menilai, membuat keputusan atau merumuskan sesuatu selagi maklumat keseluruhan belum dipastikan.

Apabila dia telah selesai menyatakan pendapatnya, anda bolehlah memberi respons.

3) Komunikasi bertulis juga penting jika maklumat gagal disampaikan secara lisan

Mereka yang mempunyai personaliti emosional atau golongan yang sukar untuk mendengar kata-kata orang lain lazimnya bermasalah untuk berkomunikasi.

Maka, golongan ini dinasihatkan untuk menulis pendapat mereka sebelum sebarang perbualan dimulakan.

Mereka biasanya boleh berekspresi dengan lebih baik secara bertulis berbanding secara lisan. Kaedah itu boleh dipraktikkan untuk mengurangkan kesilapan ketika bercakap.

Selain tiga panduan di atas, komunikasi berkesan juga boleh dicapai melalui penggunaan bahasa yang mudah, mengamalkan sistem maklum balas, mempunyai perasaan hormat-menghormati dan memahami cara serta protokol perbualan di kalangan teman pejabat yang berlainan hierarki.

-KOSMO

KLIK SINI, Teruskan Membaca Dengar dahulu,nilai kemudian

Manfaat berjalan kaki

| 0 comments

 


Senaman melangkah laju beri kesan kesihatan serta kecantikan


Ramai wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.


Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.

Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.


Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

 

  • Berat badan stabil
  • Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

     

  • Menurunkan berat badan
    Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

     

  • Risiko elak serangan jantung

    Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.
    Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

  • Angin ahmar atau strok
    Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

     

  • Mencegah kencing manis
    Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).
    Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

     

  • Mencegah osteoporosis
    Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

     

  • Meredakan sakit lutut
    Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.
    Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

     

  • Tekanan
    Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

     

  • Kanser
    Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.


    Tip jalan laju

  • Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa
  • Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata
  • Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju
  • Gerakkan lengan ketika berjalan
  • Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu
  • Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman

     

    Oleh Siti Nur Almizan Aripin
    snur@nstp.com.my

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Manfaat berjalan kaki

  • Temu duga yang berkesan

    | 0 comments

     

    Sesi temu duga adalah antara proses yang akan dilalui kebanyakan orang ketika memohon kerja. Ia adalah antara proses penting dalam hidup setiap orang kerana akan menjadi penentu masa depan dan kerjaya.


    ANDA telah berjaya melepasi halangan pertama apabila resume hebat anda membuatkan sebuah syarikat tertarik untuk mengambil anda bekerja. Bagaimanapun langkah seterusnya yang perlu anda hadapi ialah sesi temu duga.

    Tidak kira sama ada ia merupakan pekerjaan pertama atau anda telah menghadapi sesi temu duga untuk kali ke-10, adalah penting bagi setiap pemohon bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sesi temu duga.

    Temu duga dalam pekerjaan adalah penting bagi sesebuah syarikat. Berpandukan resume yang berkesan, majikan akan mengenali pemohon dengan lebih dekat melalui sesi temu duga yang dijalankan.

    Ada sesetengah syarikat yang melakukan sesi temu duga lebih daripada sekali. Temu duga yang dijalankan bukan sahaja melalui interaksi tetapi juga ujian atau pembentangan.

    GenK menyenaraikan beberapa tip kepada remaja bagaimana menghadapi temu duga yang berkesan.

    DENGAN persediaan rapi anda tidak kelam-kabut dan gementar semasa ditemu duga.


    1. Pakaian seperti anda ingin bekerja

    Ada sesetengah syarikat yang tidak mengkehendaki pemohon untuk berpakaian terlalu formal ketika sesi temu duga dijalankan. Memadai sahaja dengan berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Jangan sesekali memakai seluar jean, memakai baju T yang terlalu buruk dan tidak bersikat rapi.

    Kebanyakan penemu duga lebih senang melihat pemohon memakai pakaian kemas seperti kemeja dan berseluar slack. Bagi wanita pula, anda disarankan tidak mengenakan pakaian yang terlalu nipis atau seksi, memakai terlalu banyak aksesori dan bersolek terlalu tebal.

    2. Buat kajian

    Pastikan sebelum menghadiri temu duga anda meluangkan sedikit masa membuat kajian mengenai syarikat tersebut. Selain itu, pastikan anda tahu tugas-tugas yang diperlukan bagi jawatan yang dipohon. Ia memberi bonus kepada anda kerana mempunyai sikap ingin tahu yang begitu mendalam terhadap syarikat dan pekerjaan yang ingin dipohon.

    3. Jangan lambat

    Jangan lambat menghadiri sesi temu duga. Ia adalah antara perkara paling dilarang berlaku semasa sesi temu duga. Kejadian itu akan memberi kesan terhadap pandangan majikan terhadap anda walaupun anda memberi alasan tersesat atau kesesakan lalu lintas. Jika majikan mula merasa benci, kebarangkalian untuk anda memperoleh pekerjaan tersebut adalah tipis.

    4. Tanya soalan

    Tidak semestinya majikan sahaja yang mengutarakan soalan. Anda juga boleh bersiap sedia dengan soalan-soalan anda. Ia merupakan idea yang bagus jika anda juga bertanyakan soalan. Kenapa begitu? Ini kerana, ia menunjukkan yang anda bersungguh-sungguh menginginkan jawatan tersebut. Namun apakah soalan-soalan yang sesuai untuk ditanya kepada majikan?

    *Adakah syarikat ini memberi peluang kepada saya untuk belajar kemahiran-kemahiran baru lain daripada jawatan yang dipohon?

    *Adakah sebarang persoalan yang bermain di fikiran tuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri saya?

    *Adakah saya akan dilatih terlebih dahulu untuk memahirkan diri dalam jawatan tersebut?

    *Apakah perkara yang paling penting perlu saya tahu mengenai jawatan ini?

    5. Ucap terima kasih

    Jangan kedekut untuk mengucapkan terima kasih kepada majikan sebelum dan selepas temu duga. Apabila anda melangkah masuk ke pintu majikan, ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk.

    Sebelum anda melangkah keluar pula, ucapkan sekali lagi terima kasih kerana kerjasama yang mereka berikan.

    Namun ingat, jangan terlalu banyak mengucapkan perkataan terima kasih kerana ia boleh disalahtafsir oleh majikan sebagai terlalu mengampu atau hipokrit.

    -KOSMO

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Temu duga yang berkesan

    Baran merosakkan hubungan

    | 0 comments

     

    TINGKATKAN kesabaran dalam berdepan kemelut hubungan kerana sikap baran boleh menyebabkan pasangan anda menjauhkan diri.


     

    Kemarahan adalah emosi semula jadi manusia untuk menangkis persepsi, ancaman atau serangan terhadap diri. Ia juga adalah sebagai refleksi pertahanan seseorang terhadap sesuatu prinsip yang diyakininya.

    Namun, masalah sering terjadi apabila kemarahan itu disalah urus dan lebih teruk sekiranya ia kekal menjadi tabiat yang dilabelkan sebagai ciri peribadinya.

    Sikap baran boleh menjadi penyebab utama berlakunya konflik dalam kehidupan peribadi dan perhubungan profesional.

    Tidak hairanlah hari ini, kemarahan yang melampau itu sering dizahirkan dalam perbuatan seperti keganasan domestik, sikap buruk di jalan raya, konfrontasi di pejabat hinggalah kepada perlakuan yang menjejaskan ikatan suami isteri.

    Dalam soal cinta, adakah anda seorang yang berjaya mengawal emosi? Bagi setiap perselisihan pendapat yang berlaku, adakah penyelesaian akan diiringi dengan cara mengherdik atau menengking? Mungkin lebih dahsyat, bagi yang tidak dapat mengawal perasaan, kemarahan itu disertai dengan keganasan fizikal.

    Sebagai langkah menghadapi situasi seperti itu, adalah disyorkan agar seseorang itu meningkatkan paras kesabarannya. Selain berfikir secara rasional, berikan peluang untuk komunikasi dua hala berlangsung.

    Apabila seseorang sedang bercakap, seorang lagi perlu mendengar. Peluang untuk memberi penjelasan hendaklah diberi secara saksama. Berikut adalah antara tip untuk membimbing mereka yang mempunyai pasangan yang panas baran.

    Berdiam diri

    Api tidak boleh dilawan dengan api. Maka, apabila salah seorang sedang dalam keadaan marah, hendaklah pasangannya berdiam diri dan cuba mendengar butir bicara itu sebagai input penyelesaian. Setelah habis kemarahan itu dilepaskan, berikannya 'masa tambahan' untuk meredakan perasaan. Tunggu sehingga waktu yang sesuai untuk berkata-kata.

    Menjauhkan diri buat seketika

    Dalam tempoh yang diberikan kepada orang yang panas baran untuk meredakan kemarahannya, jangan cuba melakukan sesuatu yang mengganggu ruang privasinya.

    Ini termasuklah gangguan keselesaan persekitaran dari aspek bunyi, ruang dan pandangan. Orang yang panas baran sentiasa akan mencari sebab untuk menyalahkan orang lain jika sesuatu faktor itu diterjemah sebagai masalah buatnya.

    Berikan masa untuk reda

    Orang yang panas baran lazimnya akan malu sendiri akan perbuatannya. Waktu yang diberikan kepadanya tanpa diganggu akan membuatkan si baran itu memikirkan semula apa yang telah dilakukannya.

    Sama ada kemarahan itu kerana dia di pihak yang benar ataupun tidak, dia akan kembali kepada pasangannya untuk sesi penyelesaian yang lebih terhormat.

    Memilih corak percakapan

    Berhati-hati dengan pemilihan perkataan anda. Jika anda tersilap menuturkan sesuatu, lebih-lebih lagi ketika kemarahannya belum reda, ia boleh memburukkan lagi keadaan.

    Keras lawannya lembut. Maka, lenggok bahasa yang santun boleh memujuk hati pasangan yang baran. Meskipun berlembut, itu tidak bermakna prinsip dan kebenaran tidak boleh disampaikan secara efektif.

    Terapi minda dan fizikal

    Kaedah bertenang yang paling ringkas dan mudah adalah dengan mengambil nafas panjang dan dalam. Bayangan visual yang menenangkan dari dalam ingatan atau imaginasi juga boleh membantu meredakan rasa marah. Banyak buku dan majalah yang boleh membimbing seseorang yang sedang marah atau bagi mereka yang menghadapi orang yang sedang marah.

    Bagi mereka yang mengakui memiliki tabiat pemarah, boleh mencuba teknik ini. Tarik nafas panjang dan bayangkan udara memenuhi diafragma. Kemudian lepaskannya semula dengan perlahan dan pujuk diri secara psikologi dengan memikirkan perkataan seperti bertenang atau anggap mudah.

    Bagi menambah kekuatan diri dalam menghadapi situasi tegang itu, seseorang boleh mencuba teknik regangan seperti dalam riadah yoga ataupun rutin ibadah sembahyang. Dalam berdepan dengan ujian perhubungan itu, kita masih perlu berharap dan berdoa.

    -KOSMO

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Baran merosakkan hubungan

    Merancang kewangan anda

    | 0 comments

     

    USAH terlalu boros dalam berbelanja, pastikan anda menyimpan pendapatan anda.


    WANG adalah pasport untuk kehidupan yang lebih mudah dan selesa. Menguruskan wang ketika remaja adalah perlu. Ini kerana, ia bakal memberikan pulangan yang banyak ketika anda berusia kelak.

    Rancangkanlah kewangan anda dari sekarang. Ia bukan sahaja menjamin masa depan yang selesa tetapi sebagai bekalan jika anda menghadapi kesukaran nanti.

    GenK membantu menyenaraikan beberapa tip buat panduan remaja untuk mengurus dan merancang kewangan:

    1. Uruskan wang

    Mungkin ada remaja yang berpendapat, menguruskan wang semasa muda adalah tidak perlu. Bagi mereka ia terlalu awal untuk merancang kewangan kecuali jika mereka sudah bekerja.

    Namun begitu, jika anda bersikap demikian ia hanya merugikan diri sendiri. Menabunglah daripada sekarang. Sebagai contoh, jika anda menabung 50 sen sehari, maka untuk tempoh lima tahun akan datang anda akan meperoleh wang sebanyak RM912.

    KAD kredit akan membuatkan anda menjadi penanggung hutang lebih buruk jika tidak bijak menggunakannya.


    2. Berbelanjalah dengan baik

    Jangan berbelanja mengikut nafsu. Jika anda selalu diajak rakan untuk membeli-belah. Apa kata kadangkala anda menolak pelawaan rakan secara baik atau berikan sahaja alasan munasabah supaya tidak mengikut mereka berbelanja. Cuba menahan diri daripada godaan barang. Ada sesetengah remaja yang pantang melihat barang yang disukai, pasti akan dibelinya barang tersebut.

    Selain itu, sebelum membeli sesuatu barang sentiasalah membuat perbandingan harga. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli tudung. Apabila anda pergi ke satu kedai, jangan terus membeli tudung di kedai tersebut. Cuba pergi ke kedai lain dan buat perbandingan harga. Jika anda boleh mendapatkan harga tudung yang jauh lebih murah di kedai lain, mengapa anda perlu membazir wang membeli tudung yang mahal.

    3. Faham tentang modal dan pendapatan

    Salah satu konsep wang yang paling penting untuk anda tahu adalah memahami perbezaan antara modal dan pendapatan. Modal adalah berupa wang, hartanah, saham atau pelaburan lain yang menghasilkan pendapatan bagi sesiapa sahaja yang memilikinya.

    Cara paling baik untuk ingat perbezaannya dengan memikirkan pokok yang berbuah.

    Pokok itu sendiri adalah modal, manakala buahnya pula merupakan pendapatan. Jika anda terus memiliki pokok (modal) anda akan terus menghasilkan buah (pendapatan) setiap tahun. Selain itu, upah atau gaji yang diperoleh anda juga merupakan pendapatan daripada modal kerja.

    JIKA remaja menabung syiling sebanyak 50 sen sehari selama lima tahun anda akan mengumpulkan wang sebanyak RM912.


    4. Risiko kad kredit

    Kad kredit adalah cara yang mahal untuk meminjam wang. Anda akan menghadapi risiko besar apabila membayar wang kad kredit nanti. Jika anda ingin berbelanja tetapi tidak mempunyai wang tunai, memadai sahaja jika menggunakan kad debit bank. Anda tidak perlu membayar hutang tetapi hanya menolak wang perbelanjaan tersebut daripada bank simpanan anda.

    5. Elak daripada meminjam bank

    Jika meminjam, anda seolah-olah membebankan kewangan pada masa hadapan. Sebagai contoh, jika anda meminjam wang RM10,000 daripada bank. Walaupun anda membayar balik pinjaman dengan menolak wang gaji pada setiap bulan tetapi anda tetap dikenakan faedah yang banyak.

     

    Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
    saphilla.isa@kosmo.com.my
    KLIK SINI, Teruskan Membaca Merancang kewangan anda

    Bebaskan diri daripada tekanan

    | 0 comments

     

    Jangan biarkan hidup sentiasa diselubungi tekanan.


     

    Tekanan atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.

    Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak.

    Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

    Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.

    Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.

    Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.

    Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

    Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

    Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

    Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.

    Senyum

    Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.

    Bersendirian

    Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

    Bertenang

    Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.

    Peluk sesuatu

    Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

    Lavender

    Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.

    Kasih sayang

    Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.

    Allah

    Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.

    Ceria

    anganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

     

    Oleh ZUHAYATI YAZID  Sumber: Utusan Malaysia

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Bebaskan diri daripada tekanan

    Caj TNB Mahal? : Sebagai Panduan Untuk Jimat

    | 1 comments

     


    Adakah Anda Tahu?


    Tahukah anda tariff elektrik kat Semenanjung Malaysia nie?


    Bagi kita di Semenanjung Malaysia ni, Tariff TNB sekitar 30sen hingga 45sen per kilowatt-jam (kWh) mengikut penggunaan kita seharian. Semakin banyak penggunaan semakin mahal kita bayar bil elektrik.


    Seorang bekas pelajar dalam jurusan Elektrik Domestik & Industri, berkongsi ilmu bagi manafaat bersama.


    Jadual anggaran kasar tentang berapa banyk kos yang berjalan dalam satu jam yang boleh dikongsi bersama, ini hanya anggaran:-


    KLIK SINI, Teruskan Membaca Caj TNB Mahal? : Sebagai Panduan Untuk Jimat

    Ubah tabiat memandu

    | 0 comments

    Alasan segelintir pemandu kenderaan berat 'terpaksa' berhenti di lorong kecemasan untuk berehat atau tidur adalah tidak masuk akal dan membuktikan kebanyakan mereka tidak peka terhadap keselamatan pengguna lebuh raya yang lain terutama penunggang motosikal.

    Bukankah lebuh raya sudah dilengkapi dengan hentian rawat dan rehat (R&R) yang banyak? Pemandu kenderaan berat seharusnya mengenal pasti R&R terdekat untuk berhenti rehat. Bukannya berhenti sesuka hati di mana-mana tempat yang mereka inginkan. Sikap 'tak kisah' inilah yang sebenarnya menjadi penyumbang kepada kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan berat. Kebanyakan mereka bukannya tidak tahu lorong kecemasan tidak boleh digunakan untuk berhenti rehat atau tidur, tetapi sikap tidak ambil kisah yang menebal di dalam diri kebanyakan pemandu kenderaan berat membuatkan mereka seolah-olah tidak menghormati atau mempedulikan keselamatan orang lain. Buatlah seberapa banyak peraturan sekalipun, jika sikap tidak ambil kisah sudah sebati di dalam diri, pasti ia tidak akan dipatuhi.

    Selain itu, sekiranya kenderaan berat terpaksa juga berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan, pemandu terbabit perlu mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya seperti menyalakan lampu isyarat kecemasan serta meletakkan kon berjarak berpuluh-puluh meter di belakang kenderaan yang rosak untuk memberi amaran kepada pemandu lain. Ini adalah perkara asas yang perlu diambil ketika terpaksa berhenti di jalan raya. Selain itu, jawapan biasa seperti 'tunggu mekanik' atau 'tunggu trak tunda' yang diberikan oleh pemandu kenderaan berat yang tidak meletakkan kon dan tidak menyalakan lampu isyarat kecemasan juga tidak boleh diterima sama sekali.

    Saya juga ingin menggesa semua pemandu serta operator kenderaan berat supaya memastikan kenderaan diservis dan berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan. Penyelenggaraan kenderaan berat tidak boleh diambil mudah. Sekali ia rosak di lebuh raya, ia bukan sahaja boleh mendatangkan kerugian kepada syarikat, tetapi boleh menyebabkan kehilangan nyawa!

    Sementara itu, bukan semua kemalangan di lorong kecemasan berpunca daripada kenderaan berat. Para pemandu kenderaan persendirian dan ringan juga boleh dipersalahkan.

    Pada pemerhatian saya, kebanyakan kemalangan di lorong kecemasan disebabkan pemandu memasuki atau memandu di lorong kecemasan.

    Peraturan sudah jelas menyatakan bahawa laluan kecemasan tidak boleh digunakan, selain berlaku kecemasan. Adakah pulang bercuti, memotong kenderaan lain, berlumba, mahu cepat sampai ke rumah, ke pejabat atau ke pusat membeli-belah diklasifikasikan sebagai situasi kecemasan? Jika kita buat-buat tidak faham atau 'lupa' tentang fungsi lorong kecemasan, siapa lagi? Ingat, jalan raya dan lebuh raya dikongsi bersama pemandu lain, bukan kita sahaja.

    Selain itu, terdapat juga kemalangan di lorong kecemasan disebabkan oleh kenderaan terbabas ke lorong itu. Tambah malang, terdapat kenderaan berat berhenti di lorong kecemasan pada ketika itu. Cuba kita kaji mengapa kenderaan tersebut terbabas ke lorong kecemasan. Saya yakin, kebanyakan punca disebabkan pemandu hilang kawalan akibat kenderaan dipandu terlalu laju atau pemandu terlelap atau tertidur.

    Kenderaan sukar dikawal dan mudah terbabas jika dipandu terlalu laju, lebih-lebih lagi jika kenderaan tersebut direka untuk pemanduan biasa sahaja. Proton Wira atau Proton Waja tetap bukan Mitsubishi Evolution, Perodua Kancil tetap bukan Honda Civic. Jika dipandu terlalu laju, ia mudah hilang kawalan dan terbabas ke lorong lain.

    Memanglah lebuh raya agak lengang pada waktu malam dan kadangkala kita sedikit teruja untuk menguji kekuatan enjin kereta dan kehebatan kita. Tetapi, ia bukanlah 'lesen' untuk kita memandu terlalu laju. Pada waktu malam di jalan yang lengang, kita masih pemandu biasa. Kita tidak akan bertukar menjadi Lewis Hamilton dan kenderaan kita tidak akan bertukar menjadi kereta Maclaren pada waktu malam.

    Terdapat juga kemalangan di lorong kecemasan disebabkan pemandu mengantuk atau terlelap. Polis juga telah menasihatkan supaya pemandu berhenti rehat setiap satu setengah jam atau dua jam. Jika kita memandu secara berterusan melebihi dua jam, kita tidak akan dapat memberikan sepenuh tumpuan pada keadaan sekeliling atau papan tanda yang diletakkan di sepanjang jalan. Badan yang letih membuatkan mata berasa berat dan mengantuk. Walaupun kita terlelap hanya untuk satu atau dua saat, kita mungkin sudah memasuki lorong lain, melanggar kenderaan di sebelah atau melanggar pembahagi jalan.

    Kita bukannya robot. Jika pemandu sudah mengantuk, kenderaan seperti BMW, malah Ferrari sekalipun boleh terbabas. Impaknya juga mungkin lebih dahsyat lagi kerana kenderaan-kenderaan ini lazimnya dipandu dengan kelajuan yang tinggi.

    Secara kesimpulannya, kemalangan di lorong kecemasan memang boleh dielakkan jika kita sendiri mengubah tabiat atau etika pemanduan. Kita perlu peka dan bertimbangrasa terhadap keselamatan diri sendiri, keluarga, rakan, penumpang dan pengguna jalan raya dan lebuh raya lain.

    Di lebuh raya, sedikit kelalaian boleh mengundang padah. Sikap 'tidak apa' tidak boleh wujud di dalam diri apabila memandu. Justeru, jangan mengambil kesempatan terhadap kemudahan lebuh raya yang disediakan.

    Oleh ZULKIFLI ABAS
    sumber: utusan malaysia

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Ubah tabiat memandu

    Obesiti: Punca dan Pencegahan

    | 0 comments

    Obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia (tinggi kandungan kolesterol dalam darah), kencing manis dan sebagainya. Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan manusia. Secara umumnya obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau berlebihan berat badan. Setiap kita yang sihat adalah berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri untuk menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal.


    Bagaimana obesiti bermula?
    Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu, diiringi dengan kurang aktiviti fizikal.

    Namun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala obesiti, iaitu:
    a) Genetik – Anak-anak berisiko untuk obes sekiranya ibu bapa mereka begitu.
    b) Diet tidak seimbang (tinggi lemak dan gula)
    c) Makan secara berlebihan
    d) Gaya hidup kurang aktif (kurang atau tiada aktiviti fizikal)
    e) Tekanan emosi (menyumbang kepada makan berlebihan)
    f) Ubat-ubatan (bergantung kepada kesan sampingan sesetengah ubat, tidak semua jenis ubat-ubatan)

    Obesiti boleh dicegah dengan:

    a) Mengamalkan pemakanan yang seimbang, sederhana dan pelbagai.Makanlah makanan yang terdiri daripada bijirin (roti, nasi, mee, bihun), buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ikan/ayam dan produk tenusu.Makanan yang pelbagai akan menyumbangkan kombinasi nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.Makan mengikut keperluan sahaja (jangan terlebih makan dan berhenti sebelum kenyang).Kurangkan makanan tinggi lemak (bergoreng, bersantan, digalakkan susu rendah lemak).Kurangkan makanan tinggi gula (air manis, kuih-muih, air tin, gula) Apabila kita tahu cara pemakanan yang betul, ini memudahkan kita untuk memasak di rumah atau memilih makanan yang sihat jika makan di luar.


    b) Amalkan sarapan pagi setiap hari,untuk memulakan hari yang baik, ceria dan berfikiran cerdas, kita memerlukan tenaga yang mencukupi.Makan makanan yang tinggi serat (fiber), bijirin penuh serta kaya dengan protein (susu) untuk meningkatkan metabolisme kita.Pastikan kita ada waktu untuk bersarapan, ini dapat mengelakkan gejala pengambilan makanan yang berlebihan waktu makan tengah hari kerana lapar.


    c) Kekalkan berat badan yang sihat.Ini dapat mencegah risiko untuk mendapat penyakit kronik dan hidup dengan baik. Sebaiknya digalakkan untuk kita membeli penimbang berat dan mengukur berat setiap sekali seminggu atau sekali sebulan untuk mengetahui perkembangan berat badan. Jika diukur setiap hari, ini tidak begitu praktikal kerana pertambahan atau pengurangan berat badan mengmbil masa tertentu untuk berubah.


    d) Tingkatkan aktiviti harian.Kita perlu aktif untuk kekalkan fungsi tubuh yang baik, kekal sihat dan ceria.


    Soalan yang biasa menjadi perbualan kita: Saya tidak gemuk, jadi saya tidak perlu bersenam. Perlu diketahui, bersenam bukanlah untuk menurunkan berat badan sahaja, tetapi untuk membaiki peredaran darah, menguatkan jantung dan meningkatkan tahap kecergasan kita.


    Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:
    a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan
    b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil
    c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan
    d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)
    e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @ semasa bekerja)
    f) Makan pada masa yang tetap
    g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari
    h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan
    i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang dibawa ketika keluar
    j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.


    Oleh itu, makanlah dengan sihat untuk menikmati hidup yang lebih berkualiti. Bukankah kita tahu mencegah adalah lebih baik daripada merawat! Adakah kita dalam proses mencegah diri daripada segala penyakit kronik dan masalah kesihatan lain? Jika belum, marilah kita mengamalkan pemakanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk kebahagian diri dan orang sekeliling.


    Kita sihat, masyarakat sihat, pasti semua boleh berkerja dan menjalani hidup yang berkualiti. Mari kita mensyukuri nikmat kesihatan yang diberkan oleh Allah s.w.t, mari kita bersama menjaga nikmat kesihatan ini

    sumber: iluvislam
    KLIK SINI, Teruskan Membaca Obesiti: Punca dan Pencegahan

    Tips Individu Berjaya

    | 0 comments

     

    Firman Allah SWT (bermaksud):


    [23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
    [23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
    [23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
    [23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
    [23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
    [23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
    [23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
    [23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
    [23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
    [23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).
    (Surah al-Mukminun)

     


    Sifat Pertama:
    Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.
    Teknik perlaksanaan:
    * Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
    * Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
    * Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
    * Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
    * Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
    * Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
    * Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
    * Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.


    Sifat Kedua:
    Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.
    Teknik perlaksanaan:
    * Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
    * Mengawal diri untuk berbicara.
    * Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
    * Berdiam ketika perlu.
    * Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
    * Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
    * Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
    * Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
    * Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
    * Jika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.


    Sifat Ketiga:
    Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.
    Teknik perlaksanaan:
    * Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
    * Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
    * Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
    * Membantu secara sukarela tanpa diminta.
    * Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
    * Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
    * Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
    * Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
    * Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
    * Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.


    Sifat Keempat:
    Menjaga kemaluan (kehormatan) .
    Teknik perlaksanaan:
    * Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
    * Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
    * Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
    * Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
    * Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
    * Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
    * Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
    * Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.
    Sifat Kelima:
    Menjaga amanah.
    Teknik perlaksanaan:
    * Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
    * Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
    * Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
    * Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
    * Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
    * Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.
    Perkara-perkara tuntutan amanah:
    * Perkara fardhu dalam agama.
    * Penempatan orang-orang Islam.
    * Anggota badan.
    * Waktu.
    * Ilmu.
    * Harta.
    * Barang titipan.
    * Rahsia orang lain.
    * Tugas dan jawatan.
    * Perkara yang diminta untuk dibincangkan.


    Sifat Keenam:


    Setia pada janji.
    Teknik perlaksanaan:
    * Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
    * Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
    * Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
    * Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
    * Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
    * Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.
    Sifat Ketujuh:
    Tetap memelihara sembahyang.
    Teknik perlaksanaan:
    * Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
    * Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
    * Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
    * Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
    * Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Tips Individu Berjaya

    Tips Menghadiri Temuduga

    | 0 comments

    section4

    Menghadiri temuduga kerja adalah perkara biasa bagi kalangan graduan lepasan ijazah, diploma, lepasan SPM, mahupun golongan yang sudah pun bekerja.
    Jika diketepikan soal politik, kabel, dan talian hayat, apakah faktor utama kepada kejayaan sesebuah temuduga?


    Kejayaan awal
    Andaikan anda mendapat suatu panggilan temuduga bagi mengisi sesebuah jawatan kosong yang pernah anda pohon suatu ketika dahulu di sesebuah organisasi.


    Apa yang harus anda lakukan? Setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda.
    Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang akan dilalui ini.


    Setkan bahawa:


    Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan.


    Persiapan awal: Kajian
    Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.
    Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga jawatan kosong kepada anda. Apakah urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi, kaitan organisasi dengan anda, dan sebagainya.


    Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.


    Kalau dapat, lihat berapa banyak kerusi yang ditawarkan untuk jawatan tersebut, serta berapa ramai calon yang dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut.


    Kaji juga sejauh mana anda sendiri memerlukan jawatan mahu pun organisasi tersebut. Sejauh mana ia bersesuaian dengan kelulusan anda, dan sejauh mana kelulusan anda bersesuaian dengan jawatan tersebut.


    Sekiranya anda berasa selesa setelah menjalani kajian-kajian di atas, besarlah harapan anda untuk berjaya dalam temuduga itu nanti.


    Sebaliknya jika anda rasa kurang selesa, cuba cari tawaran lain dan lupakan temuduga tersebut, melainkan anda memang terdesak untuk meneruskan kehidupan anda sehari hari.

    Persiapan sebelum temuduga
    Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke tempat temuduga, dengan tenang dan tidak gopoh gapah.
    Sebelum solat subuh, lakukan solat sunat hajat (lepas subuh tak boleh, masa tu tak boleh solat sunat dah). Minta supaya dipermudahkan urusan temuduga anda pada hari tersebut.


    Tali leher bagi lelaki adalah wajib
    Selepas mandi (jangan tak mandi pula), bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.


    No perfume, please!
    Elakkan memakai bau-bauan atau sebarang perkara yang bermaksud untuk berwangi-wangian. Selain berdosa (bagi perempuan), bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan.


    Dapatkan gambaran isu semasa
    Para remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu semasa, terutama bab politik dan ekonomi. Kerana ianya membosankan dan tidak seseronok tabloid Metro Harian.


    Namun, untuk hari temuduga, korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas bersarapan ala kadar, ambil masa baca suratkhabar atau dengar radio. Paling baik kalau dapat tonton dengan Buletin Pagi di TV3, sambil sarapan pun boleh dengar.


    Kalau tak dapat tonton TV, baca suratkhabar utama seperti Berita Harian, Utusan, New Straits Times, The Star, dan sebagainya.


    Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.


    Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik.


    Melangkah ke lokasi temuduga
    Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.


    Buatkan satu ‘check-list‘ ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki.

    Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.


    Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal.
    Letakkan harapan anda pada Yang Maha Esa.

    Akhir kata, selamat menghadiri temuduga.
    Semoga berjaya!
    Wallahu a’lam

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Tips Menghadiri Temuduga

    Menjaga Cincin Berlian Supaya Kekal Berkilau

    | 0 comments

     

    image

    1. Pegang cincin pada gelung dan bukan pada permata cincin berlian. Ini kerana jari jemari boleh meninggalkan lapisan berminyak pada batu permata dan seterusnya mengurangkan kilauannya. Anda boleh menghembus perlahan pada cincin itu hingga ia berkabus dan selepas itu gosok lembut dengan kain pengesat cermin mata.


    2. Simpan cincin berlian di dalam kotak berasingan atau beg lembut yang kecil untuk mengelakkan batu permatanya daripada tercalar akibat tergeser dengan barang kemas berlian yang lain. Cara lain adalah dengan membalut cincin berlian dalam fabrik lembut, kertas tisu atau beg kecil yang tertutup.


    3. Dapatkan khidmat pakar tukang emas bagi memastikan ikatan tatahan berlian pada cincin cukup teguh dalam tempoh setiap 12 hingga 18 bulan. Ini penting khususnya bagi cincin emas putih yang lebih rapuh berbanding emas kuning.


    4. Simpan barang kemas anda seperti cincin dalam tempat yang kering kerana udara yang keterlaluan atau lembap memberi kesan ke atas batu permata.


    5. Cara paling selamat ialah membersihkan cincin berlian atau barang kemas lain dengan menggunakan air suam bersabun. Kotoran atau minyak yang terkumpul pada berlian boleh tanggal dalam campuran 50/50 air dan ammonia. Oleh itu, rendam cincin selama lebih kurang 30 minit dan kemudian kesat dengan berus gigi lembut. Bilas dengan cermat dan keringkan cincin dengan menggunakan fabrik pengesat cermin mata.

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Menjaga Cincin Berlian Supaya Kekal Berkilau

    Tips Pertolongan Kecemasan

    | 0 comments

    image

    Kemalangan jalan raya selalunya menjadi medan 'wayang percuma' apabila orang ramai yang mengerumuni mangsa hanya melihat untuk mengetahui keadaan mangsa tanpa memberi bantuan kecemasan.


    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berdasarkan kajian Universiti Harvard, kemalangan jalan raya meragut lebih 30 juta nyawa di seluruh dunia pada abad lalu.
    Kajian itu melaporkan, setiap tahun 700,000 kematian dan 10 juta kecederaan berlaku akibat kemalangan jalan raya yang menelan kos sebanyak RM1,750 juta di seluruh dunia.
    Kajian itu juga mengatakan, kemalangan jalan raya menjadi beban kesihatan ketiga utama selepas penyakit jantung dan kemurungan.


    Sementara itu, Kajian Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia Pasifik (ESCAP) mendedahkan, jumlah kemalangan jalan raya dan kematian di Malaysia semakin meningkat daripada 250,429 kes (dengan 6,035 kematian pada 2000) kepada 341,252 kes dengan 6,287 kematian pada 2006 bagi tempoh sama.


    Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow, berkata mangsa kemalangan jalan raya ada peluang tinggi untuk hidup dan penurunan kadar kecederaan parah jika diberi bantuan kecemasan (paramedik dan ambulans) secepat mungkin.


    Kajian lain pula menunjukkan, kebanyakan mangsa kemalangan jalan raya meninggal dunia sebelum paramedik dan ambulans sampai ke tempat kejadian. Malah, 39 hingga 85 peratus daripada kematian yang boleh dicegah itu disebabkan saluran pernafasan tersekat.


    “Tidak ramai tahu bahawa memberi pertolongan cemas untuk mangsa kemalangan sangat penting dan ia sebenarnya sangat mudah dipelajari”, kata Pengarah Bahagian Latihan, Persatuan St John's Ambulans Malaysia, Datuk Dr Lee Hoo Teong.


    Beliau menamakan bantuan ini sebagai proses 'Dr ABC' iaitu 'D' bermaksud 'danger' (bahaya); R untuk 'response' (bertindak); A untuk 'air' (udara); B untuk 'breathing' (bernafas) dan C untuk 'circulation' (peredaran).


    Oleh kerana kecemasan adalah keadaan yang tidak stabil, orang yang mahu membantu perlu peka terhadap sebarang gerak balas yang ditunjukkan mangsa serta suasana di sekeliling mereka.


    Namun sebagai langkah keselamatan, orang awal perlu mengambil langkah pencegahan jangkitan seperti memakai sarung tangan dan melindungi mata mereka terlebih dulu sebelum menghulurkan bantuan.


    Langkah bantuan kecemasan untuk mangsa kemalangan jalan raya:


    1. Pastikan keadaan sekeliling selamat
    2. Panggil mangsa atau tepuk bahunya beberapa kali untuk memastikan dia sedar atau tidak
    3. Jika mangsa tidak sedarkan diri, ini menandakan keadaannya mungkin serius dan hubungi talian 999 untuk mendapatkan ambulans dengan segera. Anda juga perlu memanggil ambulans walaupun mangsa dalam keadaan sedar
    4. Sementara ambulans sampai, lakukan langkah A, B, C (udara, pernafasan dan edaran udara)
    5. Jika mangsa sedar, cuba berkata sesuatu kepadanya untuk memastikan dia mampu bercakap kerana apabila mangsa bercakap, peredaran udara akan berlaku. Maknanya udara akan masuk ke dalam paru-paru dan otak (A)
    6. Jika mangsa tidak sedarkan diri, cuba buka saluran pernafasannya dengan mendongakkan kepalanya dan lihat tanda pernafasan. Tanda pernafasan boleh dikesan dengan melihat dada, sama ada berlaku pergerakan dada atau abdomen mangsa. Anda juga boleh mengesan pernafasan mangsa dengan mendekatkan pipi anda ke mulut mangsa (B)
    7. Jika mangsa tidak bernafas, segera beri bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR)
    8. Jika mangsa mengalami pendarahan, darah perlu dihentikan segera untuk mengelak mangsa mengalami kejutan atau mati akibat kehilangan banyak darah
    9. Luka perlu ditutup dengan kain kasa atau tuala yang bersih. Tekan kain atau tuala ini pada luka. Kehadiran bahan asing (tuala dan kain) akan menyebabkan darah bergumpal dan menghentikan pendarahan. Jika kain atau tuala itu dibasahi darah, tekap sehelai lagi kain di atasnya. Jangan alihkan kain atau tuala yang dibasahi darah tadi kerana ia akan turut mengalihkan komponen untuk membekukan darah yang terbentuk pada luka dan menyebabkan pendarahan terus berlaku
    10. Jika ambulans belum tiba, ambil data perubatan mangsa
    11. Alihkan kereta dan barang yang menghalang perjalanan trafik


    Bantuan CPR


    1. Baringkan mangsa di tempat selamat. Dongak kepala mangsa (dengan menolak dagu ke atas) dan buka mulutnya. Ini akan membuka saluran pernafasannya.
    2. Periksa pernafasan mangsa. Dekatkan pipi anda ke hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dadanya untuk mengetahui ada pernafasan (ini perlu dilakukan dengan pantas iaitu dalam masa lima hingga 10 saat).
    3. Jika tiada pernafasan, beri bantuan pernafasan kepadanya. Picit hidung mangsa, tekap mulut anda ke mulut mangsa dan hembus dua kali atau hingga anda lihat dadanya ternaik sedikit. Jika mangsa bernafas semula dan tiada kesan trauma, alihkan kedudukan badannya supaya dia baring mengiring (posisi penyembuhan).
    4. Jika mangsa tidak bernafas, periksa nadi karotid selama lima hingga 10 saat. Letak dua atau tiga jari pada halkum mangsa dan alih jari anda supaya ia ada di antara halkum dan otot leher.


    Jika ada denyutan nadi tetapi tiada pernafasan, beri bantuan pernafasan; iaitu 12 hembusan bagi satu minit (satu hembusan untuk setiap lima saat).

    Jika tiada denyutan nadi, beri bantuan 'pengepaman jantung' pada dada. Letakkan tumit tangan kanan di bawah tulang dada dan letak tangan kiri di atas tangan kanan. Buat 30 tekanan untuk dua hembusan.


    Maknanya selepas anda memberi dua hembusan, tekan dadanya sebanyak 30 kali. Ulang kaedah ini sebanyak lima kali atau lebih sehingga bantuan sampai.

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Tips Pertolongan Kecemasan

    Tips Terkena Kejutan Elektrik

    | 0 comments

    Elektrik bukan seperti api, ia tidak nampak dan tidak boleh dikesan, tidak boleh dihidu, tak boleh didengar dengan pancaindera anda.

    Apa yang penting ialah jangan kita bertindak melulu bila berhadapan dengan keadaan seperti ini hingga kita sendiri lupa aspek keselamatan diri kita pula.

    Apabila berhadapan dengan orang yang terkena kejutan elektrik, lakukan langkah-langkah berikut untuk menyelamatkannya:

    1) Jangan sentuh mangsa jika suiz belum ditutup, dikhuatiri orang yang menolong juga akan terkena kejutan elektrik tersebut.

    2) Tutup suiz dan dapatkan seseorang yang tahu cara menutup suiz kuasa elektrik yang besar.

    3) Jangan gunakan benda yang basah, lembab atau bercampur dengan logam bagi menarik mangsa tersebut.

    4) Awasi diri dengan menggunakan kasut atau pelapik kaki yang kering dan balut tangan dengan sarung tangan getah yang kering.

    5) Dapatkan pertolongan cemas dengan segera untuk menyelamatkan mangsa. Hubungi pasukan perubatan dan bomba dengan segera. KLIK SINI, Teruskan Membaca Tips Terkena Kejutan Elektrik

    RAHSIA TELEFON BIMBIT

    | 0 comments

    nokia-beautiful-to-use-trio

     

    Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


    1) NOMBOR KECEMASAN


    - Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


    2) KERETA TERKUNCI


    - Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


    3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI


    - Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


    4) TELEFON KENA CURI


    - Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

    KLIK SINI, Teruskan Membaca RAHSIA TELEFON BIMBIT

    Bagaimana Menghentikan Dengkuran

    | 0 comments

    Berdengkur adalah disebabkan oleh halangan di dalam saluran


    Ramai menganggap berdengkur merupakan perkara biasa. Ada yang berdengkur jika mereka betul-betul tidur nyenyak dan terdapat juga yang terus berdengkur walaupun baru terlelap hanya seketika.

    Berdengkur adalah disebabkan oleh halangan di dalam saluran nasal berpunca daripada postur tidur yang tidak betul, pengumpulan lemak di sekitar muka dan leher serta berkemungkinan juga disebabkan oleh alahan.

    Semasa sedang tidur, anda masih memerlukan pengaliran oksigen yang betul. Ini penting bagi mengurangkan kebarangkalian untuk berdengkur dan seterusnya mendapatkan rehat yang cukup setiap malam.

    Tidur yang berkualiti dan betul-betul nyenyak boleh terganggu disebabkan oleh gangguan walaupun sedikit. Bagaimanapun, terdapat kaedah-kaedah atau cara semulajadi bagi menghentikan dengkuran.

    Terdapat beberapa cara mudah bagi membantu anda tidur dengan aman, nyenyak dan tanpa tabiat dengkur yang mungkin mengganggu orang lain. Berikut ini adalah beberapa kaedah atau cara yang boleh diamalkan dalam usaha menghentikan dengkuran.


    1. Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
    Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika anda mempastikan otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik. Amalkan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan anda dan ini mengurangkan risiko ia tersumbat semasa anda sedang tidur.

    2. Berurut
    Rehat yang secukupnya boleh mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang dan membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak. Tetapi urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang anda perlukan.

    3. Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
    Alahan boleh mencetuskan dan menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut anda bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.

    4. Tidur menggunakan bantal peluk
    Postur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang anda berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-paru dan nasal. Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu anda mengekalkan posisi tidur yang sihat.

    5. Pastikan jika anda alah pada sesuatu jenis makanan
    Ramai yang tidak menyedari jika mereka alah pada sesuatu jenis makanan kerana ini juga boleh menjadi punca kepada halangan pada kerongkong dan saluran nasal. Cuba pastikan jika anda ada alah pada sesuatu jenis makanan dan cuba kurangkan pengambilan makanan jenis tersebut perlahan-lahan.

    6. Amalkan teknik menarik nafas dalam-dalam
    Dengan mempastikan anda tahu bagaimana hendak bernafas dengan betul dapat membantu anda mendapatkan rehat yang cukup dengan sendiri anda dapat mengamalkan corak bernafas yang sihat pada setiap malam. Oleh kerana anda tidak dapat mengawal pernafasan semasa tidur, latihan pernafasan yang anda sering lakukan membantu anda bernafas dengan betul semasa tidur. Meditasi dan pranayama merupakan latihan pernafasan yang bukan sahaja dapat membantu anda berhenti berdengkur tetapi anda akan berasa relaks dan lebih fokus.

    7. Buat pemeriksaan tonsil
    Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jika anda mempunyai situasi dengkur yang teruk, jumpa lah pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut agar anda tiada gangguan tidur lagi.

    8. Kurangkan berat badan
    Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi anda akan dapat tidur nyenyak serta personaliti anda akan turut nampak lebih menarik dan memikat.

    Sumber: Blog PakarHowTo

    KLIK SINI, Teruskan Membaca Bagaimana Menghentikan Dengkuran

    Related Posts with Thumbnails