BAYI DALAM KANDUNGAN

|




Pada peringkat awal hidup, kamu berada dalam rahim ibu. mula-mula cuma setitik yang halus, tetapi selama sembilan bulan di dalam rahim, kamu kian membesar dan mengalami banyak perubahan sehingga akhirnya bersedia untuk hidup di dunia luar.

Berumur 3 minggu - mulanya, sebahagian besar tubuh bayi terdiri daripada Otak dan Tulang belakang.

Berumur 5 minggu - Jantung mula berdenyut. lihat punca mata, tunas tangan dan kaki.

Berumur 6 minggu - Mula mempunyai muka, dada, dan abdomen yang sempurna.

Berumur 8 minggu - Semua bahagian penting telah terbentuk walaupun bayi masih kecil.

Berumur 10 minggu - Kuku tangan, kuku kaki dan kelopak mata mula tumbuh.

Berumur 3 bulan - Bayi telah terbentuk dengan sempurna, ia hanya perlu membesar dan bertambah kuat



Berumur 4 bulan - Bayi sudah boleh bergerak-gerak di dalam rahim. Rambut, alis mata dan bulu mata mulai tumbuh.

Berumur 5 bulan - kepala lebih besar daripada badannya walaupun badannya akan membesar dengan cepat namun ia, masih kelihatan agak kurus.

Berumur 7 bulan - Jika bayi lahir sekarang ia mempunyai peluang baik untuk terus hidup kerana paru-parunya boleh bekerja dengan baik untuknya bernafas.

Berumur 9 bulan - Bayi lebih gemuk kerana kulit dibawahnya telah berubah. Bayi ini bersedia untuk dilahirkan.

Semasa berada di dalam rahim ibu, bayi telah melatih membuat beberapa perkara yang akan menolong bayi setelah dilahirkan kelak.

Latihan yang paling penting ialah, menghisap dan menelan. Ini bermakna bayi boleh menghisap susu ibu atau susu botol sebaik-baik sahaja dilahirkan.

Bayi juga belajar memegang dengan jari-jari, batuk, bersin, menguap, kesedu dan menggeliat.

Selama 9 bulan Ibu mengandungkan kita. Justeru itu, hargailah jasa Ibu, hormatilah Ibu dan sayangilah Ibu selama Ibu masih hidup dan doakan setiap masa bagi seorang Ibu yang sudah tiada lagi semuga Ibu di letakkan di kalangan orang-orang yang terpilih dan dirahmati Allah s.w.t ... Amin


View blog reactions Cetak Artikel Ini

Artikel² Mengikut Kategori



Share this post

Feeds RSS Subscribe to Feeds RSS
Email Email to RidzCyber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails