Perbaharui Lesen Secara Online

|



Pada zaman sekarang, penggunaan internet semakin penting. Ramai orang akan mencari maklumat secara online. Ini membuatkan banyak perniagaan atau perkhidmatan di sediakan secara online. Antaranya adalah kemudahan menyemak saman Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Penyedia khidmat ini adalah MyEG Services di laman web www.myeg.com.my.

MyEG Services Berhad adalah aplikasi E-Government iaitu menyediakan hubungan online antara kerajaan dengan rakyat. Melalui website ini, rakyat Malaysia boleh menyelesaikan beberapa urusan dengan agensi-agensi kerajaan. Bagi pengguna kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas mendaftar, anda sudah boleh menggunakan perkhidmatan ini.



Setelah anda login, anda pilihlah mana-mana E-Servis yang disediakan. Bagi urusan JPJ, antara perkara yang anda boleh lakukan adalah maklumat kejara, semak saman JPJ, bayar saman JPJ, perbaharui Lesen Memandu, perbaharui Auto Insuran, perbaharui cukai jalan dan permohonan LDL. Lain-lain urusan adalah semak saman PDRM, bayar cukai taksiran DBKL dan bayar lesen komposit.

Saya ingin mencuba perbaharui Lesen Memandu secara online. Hanya mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan. Kemudian memilih kaedah pengambilan lesen. Kita boleh mengambil lesen di Pusat E-Khidmat atau penghantaran ke rumah. Namun penghantaran ke rumah di kenakan cas penghantaran.



Berbanding anda memperbaharui secara offline dengan pergi ke JPJ atau Pejabat Pos, anda perlu mengeluarkan kos minyak kenderaan, mungkin kos parking kenderaan dan juga masa anda ketika menunggu di pejabat urusan terbabit. Oleh itu, perbaharui Lesen Memandu secara online adalah salah satu pilihan pengguna. Kelebihannya, anda boleh melakukannya hanya di rumah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

dipetik dari shahrulnizam.com

View blog reactions Cetak Artikel Ini

Artikel² Mengikut Kategori



Share this post

Feeds RSS Subscribe to Feeds RSS
Email Email to RidzCyber

1 comments:

Nazz said...

Salam...

hu hu.. baru aku tau.. ketinggalan rupanya aku nih...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails