Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Mengapa Mengeluh?

| 0 comments

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

 
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?


Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?


Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?


Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?


Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?


Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?


Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!


Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!


Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?


Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.

 

Ayat Seribu Dinar


"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.

KLIK SINI, Teruskan Membaca Mengapa Mengeluh?

Buat Insan Yang Diuji

| 0 comments

 

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.


Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

-iLuvislam

KLIK SINI, Teruskan Membaca Buat Insan Yang Diuji

Sebuah pesanan

| 0 comments

 

Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam reda tuhan,


Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,

Tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
Semoga kamu menemukan orang seperti itu,


Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat
dalam menempuh kehidupan,

Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan,
tetapi acapkali kita terpaku,
pada pintu yang tertutup,
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan,


Sahabat terbaik adalah dia,
yang dapat bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah katapun,
dan kemudian kamu meninggalkannya,
dengan perasaan telah berbicara lama dengannya.
kerana dia membuatmu bahagia,


Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki,
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa,
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya,


Orang-orang yang paling berbahagia,
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya,


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu,
beberapa orang yang salah,
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,


Kita harus mengerti,
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu,
Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis,
mereka yang disakiti hatinya,
mereka yang mencari dan mereka yang mencuba,
Kerana hanya mereka itulah yang menghargai,
pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka

Masa depan yang cerah,
sentiasa ada,
jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu,
jangan pernah mengucapkan selamat tinggal,
jika kamu masih mahu mencuba,
dengan kesungguhan,
jangan pernah menyerah,
jika kamu masih merasa sanggup,


Waktu kamu lahir,
kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum,
jalanilah hidupmu dengan bahagia,
sehingga pada waktu kamu mati,
detik itu,
kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

KLIK SINI, Teruskan Membaca Sebuah pesanan

PUTUS ASA - JADIKAN MUSUH UTAMA

| 0 comments


Jalan itu begitu sempit dan penuh dengan rintangannya,
Peluh yang menitis terus membasahi seluruh tubuh,
Kaki masih lagi mahu melangkah Walau gerakannya tidak sepantas mana,
Jalan semakin berliku,
Hendak digagahkan,
Terasa kepayahan,
Hendak dipatahkan sahaja semangat yang ada,
Seakan tergambar kerugian..

Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan. Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada. Pasti akan disusuli dengan kekecewaan. Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan. Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati. Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.


Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri. Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan? Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan. Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan. Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.


Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa? Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran. Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian. Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?


Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang. Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan. Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa. Kesilapan sering terjadi di situ. Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar. Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.


Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu. Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan. Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita. Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.


Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus. Seharusnya kita mengetahui erti putus asa. Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita

- azzahra_solehah

KLIK SINI, Teruskan Membaca PUTUS ASA - JADIKAN MUSUH UTAMA

Didiklah hatimu menjadi TASIK bukan Gelas

| 0 comments

Seorang guru bertemu seorang muridnya yang sejak belakangan ini wajahnya kelihatan sangat murung dan tertekan.."kenapa kau selalu sahaja murung, nak? Bukankah banyak perkara yang indah-indah di dunia ini? Kemana hilangnya wajah bersyukurmu ? ", Tanya guru itu...

"Wahai Guru, sejak akhir akhir ini hidup saya penuh masaalah, sukar bagi saya untuk tersenyum. Masaalah sentiasa datang seperti tidak akan habis"... jawab murid tersebut dengan lesu. Sang guru tertawa terkekeh mendengar keluhan muridnya tersebut.

"Anakku, ambilkan saya segelas air dan dua genggam garam, maka akan aku perbaiki suasana hatimu itu " Si murid pun beranjak perlahan tidak bersemangat melaksanakan perintah guru itu, tidak lama kemudian ia kembali sambil membawa segelas air dan 2 genggam garam.

"Cuba kamu ambil segenggam garam dan masukkan kedalam gelas itu, kemudian kau minum airnya

sedikit"..perintah guru tersebut. Si murid pun melaksanakannya, dan wajahnya kini kelihatan berkerut karena meminum air masin itu....

"Bagaimana rasanya?".. Tanya sang guru"Masin dan perutku terasa mual "..jawab sang murid sambil mukanya berkerut.Sang guru pun ketawa terkekeh apabila melihat wajah muridnya tersebut.

"Sekarang kau ikut aku". Sang guru membawa muridnya ke pinggir sebuah tasik dan menyuruh muridnya menebarkan garam yang tersisa ke tasik tersebut. Si murid langsung menebarkan garam yang berbaki tadi sambil menahan rasa masin dimulutnya yang belum hilang, Rasanya ingin meludah, tapi sungguh tidak sopan jika dilakukan di depan guru, fikirnya...

"Sekarang cuba kau minum air tasik itu"..pinta guru itu sambil mencari batu yang datar untuk di duduki nya di tepi tasik itu.Sang murid menangkupkan kedua tangannya untuk mengambil air tasik itu, dan terus meminumnya. Sebaik sahaja air tasik yang segar itu mengalir di kerongkongnya , sang guru bertanya kepada murid nya.. "Bagaimana rasa air tasik itu ?"Segar, segar sekali guru ! " jawab murid tersebut. Sudah semestinya begitu kerana air tasik itu berasal dari mata air diatas gunung kemudian mengalir turun ke dalam tasik ini. Pastilah air tasik yang luas ini menghilangkan rasa masin dimulut si murid.

"Terasakah garam yang kau tebar tadi", Tanya guru itu kepada muridnya.

"Tidak masin sama sekali", jawab sang murid sambil terus meminum air tasik tersebut. Sang guru hanya tersenyum melihat muridnya itu dan membiarkan muridnya minum air tasik sehingga puas.

Setelah murid itu selesai meminum air tasik, sang guru berkata " Wahai anakku, Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam, tidak kurang, tidak lebih, ia hanyalah segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang kau alami di dalam hidup mu itu sudah di beri kadarannya oleh Allah, tidak berkurang dan tidak bertambah, sesuai untuk mu, seperti segenggam garam itu.

Setiap manusia yang lahir di dunia ini , bahkan nabi sekalipun, tidak lepas dari masalah ".

Si murid terdiam mendengarkan penerangan gurunya.

"Tapi wahai anakku, rasa 'MASIN' yang dialami dari penderitaan itu sangat bergantung kepada HATI yang menampungnya.

Jadi, BERHENTILAH MENJADI GELAS, jadikan HATI dalam dada mu menjadi sebesar TASIK, agar kamu tidak sentiasa menderita . "Hidup memang memerlukan keberanian, perlu berjiwa besar berhati luas, namun terlebih dahlu ditambahkan ketelitian. Cermatilah langkahmu dan waspadai tindakanmu. Hati- hati saat ketika mencelupkan jari di dalam kancah kehidupan, supaya rasa "PAHIT" dapat dihindarkan.

KLIK SINI, Teruskan Membaca Didiklah hatimu menjadi TASIK bukan Gelas

Pentingnya Matlamat

| 0 comments

image

 

Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.

Matlamat memudahkan perancangan.
Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian anda sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya!!!


Matlamat membantu anda membuat keputusan.

Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka. Tetapi dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be flexible!!

Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan.
Apabila anda mempunyai matlamat, anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa pensyarah setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

Matlamat pengukur kejayaan.
Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna.
Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.

Mutiara kata:- “Bukanlah tuan gurumu itu seorang yang hanya kamu mendengar daripadanya, tetapi tuan gurumu yang sebenar ialah yang mana kamu telah mengambil ilmu daripada pengamalannya…” (Imam Ghazali)

sumber:www.iLuvislam.com

KLIK SINI, Teruskan Membaca Pentingnya Matlamat

Semua Orang Akan Tua, Tetapi Tua Tidak Semestinya Matang

| 0 comments

TUA adalah ciptaan Tuhan, suatu teknologi yang tidak disukai oleh semua orang. Maka banyaklah pakar-pakar kecantikan, kosmetik, yang ingin mencegah, merawat.., kedut dan kerepot di muka. Realitinya, kita patut bersyukur dan menerima teknologi tersebut dan bukan menolaknya. Kita patut menghalusi sifat-sifat yang berjisim dan segala sifat yang bergelar 'baharu' pasti akan musnah, hancur dan lenyap.


Justru saudara pembaca yang dikasihi!
Mari kita memahami dengan lebih mendalam apa definisi 'TUA' dan 'KEMATANGAN'. Adalah sangat jauh bezanya yang dikatakan 'tua' dan 'kematangan'. Sangat-sangat jauh bezanya dan ramai orang terkeliru tentangnya.


Ramai orang menganggap bahawa apabila kita tua, kita adalah orang yang matang... Perlu diingat bahawa!..


"TUA adalah TUBUH BADAN, ia bersifat baharu, pastinya tertakluk kepada perubahan dan kelenyapan".


Semua orang akan tua, semua orang akan menjadi tua, tetapi tidak semestinya matang.

Ambil perhatian!..
"Kematangan sifatnya adalah PERKEMBANGAN DALAMAN".


TUA pula, bukanlah pelakuan kita, ianya adalah sesuatu yang berlaku terhadap FIZIKAL kita masing-masing. Tiada siapa yang mampu mencegahnya dari terus menjadi tua, sila perhatikan dan amati proses semasa kita kanak-kanak.

Setiap bayi yang lahir, bila masa berlalu, kita tidak sedar ia membesar, tumbuh dan mengembang.., tahu-tahu sudah tua.

Kematangan adalah sesuatu yang kita bawa dalam penghidupan kita... Ia hadir dan datang dalam kesedaran kita sehari-hari.


"Apabila seseorang itu tua dengan penuh kesedaran, itu ertinya ia seorang yang matang. Tua yang penuh dengan erti kesedaran ditambah dengan pengalaman dan kesedaran... Itulah yang dikatakan KEMATANGAN".

Kita semua sudah melalui, mengalami apa jua, ceramah, syarahan, tetapi kita bagaikan orang yang terlena, mimpi, atau macam kena pukau, tidak sedar, tidak peka, bagaikan tidak berada dalam majlis tersebut, walaupun tubuh badan itu sedang duduk di kerusi yang empuk di situ. Kita bagaikan tidak pernah hadir atau berada di situ. Di akal itu tidak lekat, tidak dihinggap oleh apa-apa. Maka kita dikatakan 'tidak pernah belajar apa-apa', ia cuma bagaikan suatu memori dan kenangan dalam majlis tersebut. Ia tidak menyerap dan meresap, ia tidak membuat kita menjadi arif, pastinya kita'tidak akan subur dan mengembang', semuanya tidak menjadi pengajaran kepada kita... Tiba-tiba kita 'tua' begitu saja.


Perlu diingat!..


"Jika kita punya nilai dan membawa nilai kesedaran dalam pengalaman kita sehari-hari, nanti melalui pengalaman tersebutlah kita jadi orang yang matang".


Maka kita boleh merasai dan mengalami sesuatu benda dalam hidup dengan 'DUA' cara:


PERTAMA: Kita boleh hidup secara orang yang sangat nyenyak atau digelar 'tidur mati', tidur! tidur! tidur! Tahu-tahu kita sudah tua. Setiap detik dan saat kita menjadi tua, setiap detik dan saat itu juga kita terus saja 'mati'... Itu saja! Ertinya seluruh penghidupan kita selama ini diisi dengan 'kematian yang sangat panjang' atau mati yang berlaku secara perlahan-lahan.


KEDUA: Jika kita membawa kesedaran dalam hidup kita dan dijadikan pengalaman, nanti apa saja yang kita lakukan dan menimpa kita, pastinya kita akan lebih berwaspada, berhati-hati dan beringat-ingat serta akan kita nikmatinya dari pelbagai sudut dan penjuru.


Dalam erti kata lain; kita cuba menembusi untuk memahami dengan lebih mendalam lagi, kita cuba ingin memahami dan hidup bersungguh-sungguh secara total. Ertinya ia bukan suatu phenomena luaran yang bersifat kulit. Nanti jauh di dalam diri itu akan berlaku suatu perubahan. Kita akan lebih berwaspada. Jika ia suatu kesilapan, pengalaman tersebut akan mengingatkan kita bahawa kita tidak akan mengulangnya lagi.


Ingat! Orang yang benar-benar matang, tidak akan mengulang kesilapan yang sama. Tetapi bagi orang yang hidupnya semata-mata melalui proses tua begitu saja, akan terus-menerus melakukan kesilapan demi kesilapan. Hidupnya berputar-putar... Ia tidak pernah belajar apa-apa dalam hidup ini.


Ia akan marah hari ini, semalam pun ia marah, sehari sebelum semalam pun ia marah, esok pun ia akan marah, dan hari keesokannya pun ia akan marah. Terus saja akan marah dan naik berang, dalam masa yang sama juga ia menyesal, buat dan menyesal lagi, berkali-kali membuat keputusan tidak akan melakukannya lagi.


Tetapi keputusan tinggal dengan keputusan, tiada perubahan. Apabila rasa diganggu dan terganggu lagi, marah menguasai lagi... Kita terbelenggu, kerana kesilapan... Amarah masih berlaku... Kita sudah tua!


Kematangan sangatlah penting, kerana orang yang matang memahami.., irama dan rentak hidup ini punya sifat berpasang-pasang. Ingat saudaraku yang budiman!..


Dalam hidup ini kita tidak boleh sentiasa saja bergembira.., jika tidak, kegembiraan itu sendiri akan hilang erti maksud dan tujuannya. Begitu juga kita tidak boleh sentiasa saja berada dalam suasana harmoni.., nanti kita tidak sedar akan keharmonian itu sendiri.


Keharmonian mesti diiringi dengan pertelingkahan secara berulang-ulang, berkali-kali, begitu juga kegembiraan, mesti diiringi dengan kedukacitaan.


"Setiap keseronokan dan kegembiraan punya kepedihan dan keperitannya yang tersendiri. Tetapi setiap keperitan dan kepedihan juga punya nikmat kegembiraan sesudah keperitan".


Perlu diingat!..


Hanya bagi mereka yang benar-benar faham bahawa dunia ini sifatnya berpasang-pasang, maka tidaklah perlu seseorang itu berasa gusar terhadap apa saja gelaran yang menimpanya; 'suka atau duka'.., 'senang atau susah', atau sebagainya. Terimalah secara total dengan segala kesengsaraan, dengan segala keghairahan; jangan inginkan atau mengidam akan sesuatu yang mustahil. Jangan berfikir hanya ada kegembiraan sahaja, tanpa pasangannya seperti kepedihan dan kesengsaraan. Ingat!.. Semuanya ada pasangan.

"Kesengsaraan atau keazaban bagaikan papan hitam - kegembiraan atau keseronokan bagaikan sesuatu yang putih dan jelas tertulis di permukaan papan hitam tersebut".


Ia juga tidak ubah seperti gelap gelita malam, di mana bintang-bintang dan bulan terang benderang di waktu malam. Semakin gelapnya malam, semakin teranglah bulan dan bintang-bintang tersebut. Di siang hari ia tidak terbit dan tidak juga lenyap. Cuma ia tidak kelihatan di mata kasar. Kita tidak dapat melihatnya kerana tiada bandingan. Sifat berpasang mesti ada bandingan.

Contoh:
"Kematian mentakrif kehidupan"
"Ketuaan mentakrif kematangan"
Saudaraku pembaca yang dikasihi!


Bersungguh-sungguhlah, kerana hidup ini terlalu singkat dan terlalu cepat berlakunya. Setiap saat sangat berharga dan bernilai, sebentar lagi kita akan mati, tiada masa atau waktu lagi, inilah saatnya kita perlu menyelam ke dasar penghidupan ini, sedalam yang mungkin. Mana tahu? Sebentar lagi kita akan meninggalkan dunia illusi ini selama-lamanya. Ingat pesanan ini!...


Perhatikan rentak dan irama dalam hidup ini dengan redha dan penuh tawakkal:

"Jika keazaban dan kesengsaraan mendatangi kita, terimalah ia.
Jika kegembiraan dan keseronokan mendatangi kita, terimalah ia".


Kerana kedua-duanya adalah 'kawan sepermainan'. Itulah sesuatu yang sangat-sangat penting difahami, mesti difahami. Jika ianya benar-benar difahami dan diingati oleh kita semua, hidup kita akan jadi benar-benar matang, hidup ini pasti punya perisa yang sangat baru dan berlainan.


Kita akan jadi orang yang benar-benar matang, tenang, terurus, kekal dan mudah menerima. Orang yang benar-benar matang, memang hidupnya tenang, mampu senyap, menerima kepedihan, keperitan, kehampaan dan kekecewaan. Ia mampu merubah nilai-nilai keazabannya cara tersendiri. Padanya keazaban itu adalah 'perbendaharaan'. Padanya kepedihan juga adalah ketajaman di akalnya. Padanya kegelapan maempunyai keindahannya yang tersendiri. Padanya, kematian itu bukanlah suatu kesudahan, malah suatu permulaan padanya.


Untuk pengetahuan bagi orang-orang yang benar-benar matang, ia seorang yang aneh dan pelik, kerana kematangannya membuatnya sangat berpengalaman. Seolah-olah ia seorang yang sudah tua, secara fiziknya ia mungkin sudah tua, tetapi secara spiritualnya ia seorang bersih dan suci.


Pada saya, 'kematangan' adalah di antara yang dikatakan 'kesedaran'. Petanda kepada kesempurnaan dan kemenangan dalam menempuh liku-liku hidup yang penuh dengan dugaan dan cobaan. Barulah benar tulen kemanusiaan kita. Dalam erti kata lain;


"Sebiji benih yang telah melalui proses perjalanan hidupnya untuk menjadi sepohon pokok rendang yang boleh diteduhi oleh semua orang dan dapat pula dinikmati oleh semua orang dan burung-burung bila ia mula berbunga, memutik menjadi buah yang masak ranum".

Ingat!..
Kematangan mempunyai haruman dan aroma, ia menyerlahkan ketrampilan, kematangan yang sangat cantik dan indah pada setiap individu. Ia juga adalah seorang yang bijaksana dan mempunyai ketajaman akal. Dianya adalah seorang yang tidak lain penuh dengan kasih sayang, geraklakunya menggamit kasih ssyang. Kematiannya jelas senyuman di bibirnya. Mereka yang matang itu memang benar-benar sekuntum bunga pujaan ramai, kerana orang matang mengamalkan hidup sehariannya dengan;


"Memulai dengan Kasih Sayang,
memenuhi dengan Kasih Sayang, dan
disudahi dengan Kasih Sayang".


"Sila panjangkan risalah ini kepada
orang-orang yang zahirnya kelihatan tua,
tetapi tidak matang, sebelum mati menjenguk di pintu".

KLIK SINI, Teruskan Membaca Semua Orang Akan Tua, Tetapi Tua Tidak Semestinya Matang

Kita tidaklah sehebat mana

| 0 comments

 

Adakalanya, dalam hidup ini kita mendapat kejayaan demi kejayaan, kecemerlangan demi kecemerlangan tanpa kegagalan. Sama ada dalam pelajaran, sukan, perniagaan, dakwah dan apa jua bidang yang kita ceburi. Dan kejayaan itu tidak henti, terus bertandang menghiasi dunia kita dan akhirnya pujian demi pujian datang bertalu-talu hinggap di telinga. Sehingga akhirnya hati menyebut tanpa disedari, "Akulah yang terbaik".


Kejayaan pada hakikatnya adalah ujian dari Allah untuk melihat kita sejauh mana kita bersyukur. Dan sejauh mana kita merendah diri kepadaNya. Ada sesetengan manusia apabila diberikan kelebihan dalam sesuatu perkara, ia cepat merasakan hebat dan besar. Dalam kehebatannya bertutur atau bersukan terbina satu tembok kemegahan dalam hati. Apabila seluruh manusia mendengar kata-katanya, ia merasakan dialah yang mampu mengubah manusia daripada kejahatan keada kebaikan.

Apabila seseorang merasakan dirinya yang paling layak dalam melakukan sesuatu perkara, bermaksud ia telah tertipu dengan kejayaannya yang lalu. Kelebihan diri boleh menjadi kabus yang hitam, menggelapkan pandangan hati daripada sifat tawaddu' dan merendah diri. Jika semalam kita berjaya, belum tentu esok lusa hari kita.

Kadangkala kita berasa hebat kerana kita hidup dalam kelompok yang tiada kelebihan. Contohnya, seorang yang pandai bermain bola apabila tinggal bersama rakan-rakannya yang kaki bangku; sudah tentu dia akan hebat dalam bermain bola. Tetapi apabila dia pergi ke luar dan hidup bersama pemain-pemain bola professional, barulah ia tahu betapa tinggi langit dari bumi. Barulah ia tersentak betapa lemahnya dia dalam bermain bola.

Inilah antara sebab, mengapa kita berasa hebat. Kerana kita tinggal bersama mereka yang tidak hebat. Apabila kita cuba melangkah keluar, berjumpa dengan orang yang setaraf dengan kita, kita akan mengerti apa ertinya 'kehebatan'. Sebab itulah kita perhatikan pengalaman adalah sebaik-baik pelajaran. Semakin ramai manusia yang kita temui, semakin kita mengerti kehidupan ini. Semakin jauh kita merantau, semakin kita menjadi matang dalam menentukan yang terbaik untuk kehidupan.

Belajarlah merendah diri, kita semua tidak hebat. Hanyalah hamba tuhan yang lemah. Berusahalah untuk menerima kekurangan diri walaupun ia amat pahit untuk ditelan. Ilmu yang kita dalami, kecantikan yang kita miliki, kejayaan yang kita alami, bukan milik kita. Bukan milik kita sama sekali. Janganlah tertipu dengan kelebihan diri yang akhirnya menjadikan kita seorang yang sombong dan bongkak, walaupun tidak terzahir pada riak wajah. Namun, kesombongan itu akan bercambah apabila kita sukar menerima kejayaan dan kehebatan orang lain. Yang kita fikirkan hanyalah.. "Aku yang paling layak".

Belajarlah merendah diri dengan menuai sifat taqwa di dasar hati. Usah mencari-cari peluang untuk menonjol dan menjadi popolar. Kemasyhuran adalah kehancuran seandainya ia dihadapi dengan sifat takabbur dan membesar diri. Belajarlah merendah diri, itulah sebenarnya kehebatan yang sering disalah erti.

KLIK SINI, Teruskan Membaca Kita tidaklah sehebat mana

Mengenal Kelemahan Lelaki

| 0 comments




Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.


Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR
KLIK SINI, Teruskan Membaca Mengenal Kelemahan Lelaki

Kenapa???

| 0 comments

Kenapa Aku Diuji ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

Bukankah AlQuran itu sesuai di semua zaman dan tempat, dalam apa jua keadaan?


Kenapa Ujian Seberat Ini ?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


Rasa Frust ?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139



Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

- Surah At-Taubah ayat 111


Kepada Siapa Aku Berharap ?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


Aku Tak Tahan !

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 87 KLIK SINI, Teruskan Membaca Kenapa???

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda

perkara ajaib

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?




1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.



3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.

KLIK SINI, Teruskan Membaca Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda

Buat Wanita dan Gadis ....

| 0 comments

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal˜sepuluh inci™.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah ‘buatan’ yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, ˜Buta ke dia?

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Hm Tuah Iskandar




KLIK SINI, Teruskan Membaca Buat Wanita dan Gadis ....

Di manakah diri anda sebenarnya?

| 0 comments



Adalah amat penting untuk mengenali diri kita supaya kita dapat mengawal dan memilih kehidupan yang lebih baik. Di manakah kewujudan anda? Fizikal tubuh badan anda bukanlah diri anda tetapi ia hanyalah sebagai kenderaan yang anda tunggangi.

Tubuh badan anda hanyalah satu komponen yang amat kecil berbandingan dengan diri anda. Diri anda bukanlah otak . Anda hanya menggunakan otak dan akal fikiran sebagai juru pandu bagi diri anda.Tetapi malangnya anda hanya menumpu pada kemampuan tubuh badan anda sahaja. Sedangkan anda hanya menghuni sementara pada sebatang tubuh. Apa pun bentuk tubuh anda ianya bukanlah suatu kekuatan pada diri anda . Kekuatan anda adalah rohani anda.

Jadi untuk membina kekuatan diri adalah dengan menumpukan kepada kekuatan rohani anda. tubuh anda hanyalah satu alat yang amat kecil berbanding dengan kehebatan sebenar anda.

Pada asasnya alat tubuh badan anda ini dibahagikan kepada 3 . Iaitu ingatan sedar yang kedua ingatan bawah sedar dan ketiga batang tubuh bandan anda. Rohani anda yang mengawal diri anda. iaitu kaptennya adalah minda sedar dan krewnya adalah minda bawah sedar dan batang tubuh akan mengikut sahaja intreprestasi kedua-duanya.


Minda bawah sedar adalah krew yang hanya menjawab dengan satu jawapan sahaja oleh arahan kapten iaitu YA. Apa sahaja yang diarah oleh minda bawah sedar sama ada yang berunsur positif atau negatif semuanya akan di iakan oleh minda bawah sedar . Sebagai
contoh apabila minda sedar mengatakan PENAT maka minda bawah sedar akan mengarahkan emosi dan segenap sel dan oragan tubuh badan supaya PENAT dan anda akan merasakan diri anda PENAT. Pusat kekuatan anda dijana oleh minda bawah sedar.

Minda sedar juga diibaratkan sebagai peladang dan minda bawah sedar adalah ladang bagi peladang. Apa sahaja yang ditanam maka itulah yang akan tumbuh. MIsalnya jika peladang menyemai benih lalang maka lalanglah yang akan tumbuh dan jika peladang menyemai benih jagung maka jagunglah yang akan tumbuh. Berbalik pada diri anda jika minda sedar anda menanam sesuatu yang positif maka minda bawah sedar akan menumbuhkan sesuatu yang positif

Apa yang malangnya ramai orang hanya menyemai 'benih lalang' pada minda bawah sedar mereka maka hasilnya maka 'lalang'lah yang mereka selalu perolehi. Inikah pilihan anda?

Itulah sebabnya Allah selalu mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur dalam apa keadaan sekalipun .

Pandanglah sesuatu kejadian bukan hanya satu bahagian kerana pada setiap perkara yang anda tidak suka sebenarnya ada kebaikan di sebaliknya. Jadi pandang kedua-dua bahagian supaya anda dapat lihat hikmah di sebalik sesuatu kejadian.

KLIK SINI, Teruskan Membaca Di manakah diri anda sebenarnya?

Emas Untuk Digali

| 0 comments



Kalau nampak air tenang kita patut lebih berhati-hati, sebab dalam air tenang macam-macam boleh terjadi. Tapi kalau nampak orang tenang kita patut dekati, sebab dalam diri orang tenang ada emas untuk di gali.

Kita selalu ditipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu. Orang jahat tidak pernah memilih orang jahat untuk ditipunya tetapi dia memilih orang baik. Orang baik pula oleh kerana terlalu baik selalu tertipu akibat terlalu baik sangka. Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan wajah baik untuk memperdayakan orang baik. Pada zaman ini terlalu kurang si jahat yang memiliki wajah yang jahat. Maka itu peratus orang baik yang terpedaya dengan orang jahat semakin ramai.

Suatu hari seseorang berkata, dia tawakal dengan untanya yang dilepaskan sewaktu bertemu Rasulullah s.a.w. Dia sangka semua orang baik sepertinya. Tidak mungkin unta itu akan hilang di kebas orang. Tetapi apabila Rasulullah s.a.w mengetahuinya, baginda menyuruh orang itu menambat untanya dahulu kemudian barulah bertawakal. Bermakna tidak boleh terlalu berbaik sangka.


Adakalanya perlu juga berasa curiga dan bersikap berhati-hati meskipun di kalangan orang yang boleh dipercayai. Kadang-kadang apabila terlalu percaya di situlah kesilapan akan tiba.

Tatkala berhutang atau memberi hutang, tuliskan lah untuk jadi peringatan. Kalau terlalu percaya ada kemungkinan hutang itu tidak akan dibayar. Menuliskannya bukan berti tidak percaya tetapi sebagai peringatan pada saat-saat lupa.

Terlalu percaya samalah macam istilah lurus bendul. Terlalu lurus selalunya menjadi mangsa pada jenaka manusia. Kadang kala kena ada juga rasa curiga. Curiga untuk beringat bukan curiga untuk berburuk sangka.

Seseorang berkata pada kawannya, "Mat, tak guna simpan duit banyak-banyak. Bila kiamat satu apa pun tak guna lagi. Lebih baik engkau belanjakan duit itu. Kiamat akan datang tiba-tiba. Nanti tak sempat engkau belanjakan semua hatra. Penat saja bekerja siang malam selama ini." Betul juga fikir Mat. Maka dia membelanjakan semua wangnya. Mat akan berakhir sebagai seorang yang muflis.

Kena ada rasa curiga dan tidak boleh terlalu lurus untuk menikmati hidup yang selesa. Manusia ada pelbagai ragam dan gaya. Sesetengahnya memang mencari kesempatan pada kedunguan orang lain. Mat sepatutnya berfikir begini, bekerjalah engkau seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun lagi dan beribadalah engkau seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Kata orang tua-tua, kalau melihat air tenang usah di sangka tak ada buaya. Sememangnya buaya tinggal dalam sungai yang berarus tenang. Pergerakan buaya juga penuh ketenangan. Kalau ia berehat di tebing sungai, ia bagaikan batang kayu mati-cukup tenang dan cukup baik. Namun, usah leka sebab ekornya boleh libas tiba-tiba. Di dalam air buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di dataran juga buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati.



Berbeza dengan orang tenang, di situ ada emas untuk di gali. Orang yang tenang biasanya penuh berilmu. Pergilah dampingi orang yang tenang, sesuatu yang berharga pasti akan diperolehi.

Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermakna tenang. Orang tenang biasanya berilmu, orang tenang biasanya warak, orang tenang biasanya lunak, maka dekatilah dia.


*Petikan buku, Membina Personaliti Terbilang, Dr Hm Tuah Iskandar Al-haj. Keluaran karya bestari. Muka surat 17

KLIK SINI, Teruskan Membaca Emas Untuk Digali

Sesekali keluarlah dari kepompong

| 0 comments

“Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia”

Berada di kelompok baik kita akan hanya melihat kebaikan, sebaliknya jika kita berada dalam kelompok jahat kita akan melihat kejahatan. Jarang kita hendak berada di kelompok jahat dan menilai kebaikan. Begitu juga payah untuk kita melihat kejahatan tatkala kita berada dalam kelompok baik.

Di situ silapnya kita. Hanya berlegar dalam kepompong kita lalu buta apa yang berlaku di sekeliling. Jika kepompong kita itu mempamerkan kebaikan, kita merasakan semua orang baik justeru tidak perlulah berbuat apa-apa atau menyumbang apa-apa, sama ada mengubah keadaan atau membantu memperbaiki keadaan.


Sebenarnya api biru di atas sumbu lilin yang terbakar adalah terdiri daripada api merah, oren dan kuning yang mengeluarkan jelaga berwarna kelabu. Kita jangka tiada apa-apa tetapi di situlah terjadi bermacam-macam perkara. Api biru itu kita, api merah, oren dan kuning itu adalah pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita. Selesa selalu berwarna biru, tetapi sebenarnya menyumbang pada keluarnya jelaga berwarna kelabu. Jelaga itu adalah natijah daripada onarnya merah, oren dan kuning.

Onar-onar ini bukan dilakukan oleh orang lain, kadang-kadang oleh ahli keluarga sendiri, oleh ahli kesatuan sendiri, oleh ahli kariah sendiri, oleh anak sendiri, malah boleh jadi oleh isteri atau suami sendiri. Lihat-lihatlah sekeliling, mungkin kita boleh membantu menghentikan sesuatu yang tidak wajar yang sedang berlaku.

Seorang isteri perlu dinasihati malah kadang-kadang perlu dicurigai dan dicemburui. Ia akan jadi penebat yang mengawal perilakunya di luar. Seorang suami kadang-kadang perlu dihadiahkan wajah yang masam supaya dia mencari kesalahan dan memperbaikinya. Seorang anak kadang-kadang perlu disoal-siasat dan dibongkas beg sekolahnya sebelum kita menemukan sesuatu yang memeranjatkan. Kadang-kadang kita perlu keluar dari kepompong baik kita untuk melihat apa yang sedang berlaku di luar kariah kita.

Anda berada dalam kelompok masjid dan surau lalu memenjarakan diri di situ, tentu anda tidak akan tahu apa yang berlaku di lorong hitam dan bagaimana menanganinya. Sesekali lihatlah dengan kaca mata kecurigaan agar kita dapat mencegah sesuatu kemungkaran. Kadang-kadang panjangkanlah langkah dan lihatlah keburukan menjadi begitu berleluasa lantaran anda tidak ambil peduli.

Sesekali lihatlah mesej-mesej apa yang ada dalam telefon tangan isteri mahupun suami, kalau-kalau sesuatu yang tidak wajar boleh ditegah awal. Sesekali cuba lihat senarai panggilan keluar dan panggilan yang diterima oleh isteri juga sebaliknya, kalau-kalau ada panggilan yang bertahan hingga sejam atau nombor yang terlalu kerap dipanggil atau diterima.

Isteri menjadi curang kadang-kadang disebabkan suami kurang berperanan. Suami melampau-lampau gatalnya mungkin disebabkan isteri jarang hendak ambil tahu. Anak-anak menjadi masalah di tengah masyarakat boleh jadi disebabkan ibu dan ayahnya terlalu percaya.

Saling mempercayai itu lebih baik daripada saling prasangka dan curiga. Tetapi terlalu mempercayai secara membuta tuli tentu menyalahi istilah ambil peduli. Ambil peduli itu tandanya kasih, membiarkan itu tandanya tidak kasih.

Karya: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj



KLIK SINI, Teruskan Membaca Sesekali keluarlah dari kepompong

Nikmat Yang Membutakan

| 0 comments

Apabila diselubungi nikmat kita selalunya lebih buta dan kurang prihatin.

Apabila kita ditimpa sesuatu musibah barulah kita tahu betapa bererti dan berharganya sesebuah perhatian itu.

Tatkala kaki kita masih boleh dihayun, kita tidak sedar betapa berharganya nikmat itu sehingga suatu hari kita dapati kita tidak lagi dapat melangkah. Kala itu kita berharap simpati, agar ada orang sudi menjenguk kita dan membantu kita apa-apa yang tidak mampu kita lakukan sendiri.

Selagi tidak sakit kita jarang mahu mengerti perasaan orang yang terpaksa berjuang dengan penyakit-penyakitnya. Kita tidak fikir ziarah ke hospital itu sesuatu yang patut dilakukan dari masa ke masa, demi memuhasabah diri. Kita tidak fikir menyumbang sedekah untuk pusat-pusat orang kurang upaya itu penting dilakukan.


Selagi tidak melihat sendiri seorang ibu dengan tiga orang anaknya yang masih kecil mengais-ngais tempat pembuangan sampah kita seperti tidak percaya dengan makna kemiskinan. Tatkala kita benar-benar pokai, jarang mahu mengerti erti fakir.

Selagi kita sihat kita tidak fikir berertinya sebuah perhatian. Setelah kita sakit baru tahu betapa pentingnya kita dijenguk orang – ditanyakan keperluan-keperluan kita, ditanyakan tentang makan minum kita mahupun ditanyakan tentang ahli keluarga kita yang terpaksa hidup sendiri itu.

Sewaktu kita sihat dan kita diberikan kepercayaan merancang sesuatu bangunan, kita terlupa tentang orang kurang upaya. Kita mereka bentuk bangunan yang hanya memberi kemudahan kepada orang sempurna. Kita terlupa orang kurang upaya menghadapi masalah yang amat besar untuk berada di bangunan ciptaan kita.

Nanti apabila kita sendiri telah tidak upaya untuk hidup seperti biasa, barulah tahu betapa berharganya hidup ini dikongsi bersama, berfikir sebagaimana orang lain berfikir serta memikirkan keselesaan dan juga kepentingan orang. Selagi tidak ditimpa sesuatu kita memang jarang hendak memahami bagaimana rasanya ditimpa sesuatu itu.

Kealiman seolah-olah tiada sengatnya jika tidak diterjemahkan kepada ciri-ciri kemanusiaan. Kealiman itu sendiri membawa gambaran berguna kepada diri sendiri dan juga orang lain. Jika kealiman terhenti setakat kegunaan sendiri ia belumlah dikira praktikal sebab kealiman (kepakaran) itu sepatutnya dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Manusia yang lebih baik ialah manusia yang lebih banyak memberi manfaat kepada manusia lain. Dia hidup dalam suasana hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Belumlah seseorang itu boleh dikatakan luar biasa bagus dan hebat sekali jika sumbangan-sumbangannya hanya terhenti setakat untuk dirinya sendiri.

“ALLAH meningkatkan darjat orang yang beriman di antara kamu dan juga orang yang dikurniakan dengan kelebihan beberapa darjat.” (Al-Mujadalah: 11)

Seorang ahli falsafah berkata, “Anda alim lalu berjaya masuk syurga, anda tetap bersalah kerana membiarkan orang yang tidak mengerti di sekeliling anda masuk neraka.”

Apabila diselubungi nikmat kita selalunya lebih buta dan kurang prihatin.

Apabila kita ditimpa sesuatu musibah barulah kita tahu betapa bererti dan berharganya sesebuah perhatian itu.

Karya: HM Tuah Iskandar Al-Haj


KLIK SINI, Teruskan Membaca Nikmat Yang Membutakan

10 PETUA MEMBINA SIKAP POSITIF

| 0 comments




Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.

Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.

Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-

pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.

Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.

Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat.. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.

Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini.. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

Petua 3 : Ubah Penampilan Diri

Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:

1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi.
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a..w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.

Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!

Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.

Petua 8 : Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar dgn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Mengubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita

Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan

Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya.. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

KLIK SINI, Teruskan Membaca 10 PETUA MEMBINA SIKAP POSITIF

Kesalahan yang lebih bersalah

| 0 comments

"Orang yang benar bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, melainkan orang yang dapat menjadikan kesalahan itu untuk memperbaiki diri."

Jangan hairan kalau orang melihat anda, lalu berkata, "Dia tu dulu sama kubang parit dengan aku. Masa sekolah bukan main bodoh. carang jadi profesor. Aku macam tak percaya."
Mungkin ada pula orang yang berkata begini di belakang anda, "Masa karni muda-muda dulu dia pernah ajak aku curi rambutan di dusun orang. Sekarang dah jadi ustaz. Ustaz apa bendanya tu?"
Tidak mustahil juga tanpa pengetahuan anda ada orang berkata, "Sekolah sama dengan aku. Aku lulus dia kantoi. Bila aku dah kerja dia masih terkial-kial ambil periksa. Tiba-tiba dia jadi orang kaya. Tak percaya aku dia dapat dengan cara betul. Ini mesti ada muslihat di mana-mana."


Jangan hairan, manusia sentiasa akan berkata sesuatu terhadap anda. Biarpun anda tidak pernah kenal atau tahu siapakah mereka itu. Tidak kira anda orang kecil atau orang besar, anda akan tetap menjadi perbahasan manusia.
Sebenarnya, tradisi sesuatu ilmu itu perlukan tiga tahun untuk dikuasai, maka manusia tradisi akan berpegang pada tempoh masa berkenaan untuk memberikan pengiktirafan. Lebih pendek daripada itu akan dianggap mengguna "kabel".
Begitu juga tradisi jawatan tertinggi dalam satu-satu jabatan terisi dalam tempoh-tempoh tertentu, maka manusia tradisi akan menganggap kenaikan pangkat anda secara mendadak sebagai "kipas" kuat.
Manusia selalunya begitu. Usah bersedih atau terlalu ambil hati. Jangan kecewa dengan tanggapan salah manusia, tetapi anda perlu gembira dengan pencapaian itu. Tidak akan ada sudahnya kalau memerhati kata-kata manusia. Yang berselirat dengan seribu satu pertanyaan itu tidak akan ada noktah jawapannya.
Dahulu A seorang penagih, sekarang tidak lagi, tetapi orang ramai tetap menganggap dia menagih. Maka susah sekali bagi A hendak berubah. Pinangan A mungkin ditolak. Percubaan A untuk memulakan sejarah baru mungkin diperlekeh. Usaha-usaha A akan dipertikai. "Dia tu penagih. Engkau percaya dengan dia lagi? Silap-silap dengan duit engkau sekali dia kapur." Kata-kata itu akan kekal dan sinonim dengan nama A. Apabila orang bercakap tentang A, untuk pasti orang akan bertanya, "A yang mana?" dan orang akan menjelaskan, "A yang penagih tu..." padahal A sudah lama berhenti.
Begitulah manusia, selalu memberikan trade mark kekal kepada apa yang dilihatnya pada suatu ketika, tanpa mahu mengakui bahawa tiada manusia yang sempurna segalanya dan tiada manusia tanpa kesalahan.
Kita lebih seronok untuk mengatakan sesuatu yang negatif tentang seseorang apabila bercerita tentangnya, "Dia tu dulu, masa sekolah, selalu kena berdiri atas bangku, sebab tak buat kerja sekolah, sekarang jadi YB." Jarang kita dengar orang berkata, "Dia tu memang patut berjaya, sebab sejak kecil kuat berusaha. Dia sanggup buat apa saja untuk hidup. Dia memang hebat."
Ibaratnya, kebanyakan manusia seperti tiga budak di bawah:
Budak A: Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hang kerja apa?
Budak B dan Budak C menjawab: Bapak kami pun ahli sukan jugak.
Budak A pun bercerita, "Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tu sebelum jatuh ke tanah."
Budak B: Itu tak hairan. Bapak aku lagi tangkas. Bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru itu.
Budak C: Itu taklah hebat. Mari dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ni. Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada kat rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapak aku berlari.
Begitulah keadaan mereka yang suka memper-katakan hal orang. Mohon direnungkan.

Oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

KLIK SINI, Teruskan Membaca Kesalahan yang lebih bersalah

Senang Belum Bermakna Tenang

| 0 comments

“Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermakna tenang”
Kita selalu tertipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu. Orang jahat tidak pernah memilih orang jahat untuk ditipunya tetapi dia memilih orang baik. Orang baik pula oleh terlalu baik selalu tertipu akibat terlalu sangka baik.

Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan wajah baik untuk memperdaya orang baik. Pada zaman kini terlalu kurang si jahat yang memiliki wajah jahat. Maka itu peratus orang baik yang terpedaya oleh orang jahat semakin ramai.

Suatu hari seseorang berkata, dia tawakal dengan untanya yang dibiarkan lepas sewaktu bertemu Rasulullah s.a.w. Dia sangka semua orang baik sepertinya. Tidak mungkin unta itu akan hilang dikebas orang. Tetapi apabila Rasulullah s.a.w. mengetahuinya, baginda menyuruh orang itu menambat untanya dahulu kemudian barulah bertawakal.


Bermakna tidak boleh terlalu sangka baik, ada kalanya perlu juga berasa curiga dan bersikap hati-hati meskipun di kalangan orang yang boleh dipercayai. Kadang-kadang apabila terlalu percaya di situlah musibah akan tiba.

Tatkala berhutang atau memberi hutang, tuliskanlah untuk jadi peringatan. Kalau terlalu percaya ada kemungkinan hutang itu tidak akan dibayar. Menuliskannya bukan bererti tidak percaya tetapi sebagai peringatan pada saat-saat lupa.

Terlalu percaya samalah macam istilah lurus bendul. Terlalu lurus selalunya menjadi mangsa pada jenaka manusia. Kadangkala kena ada juga rasa curiga. Curiga untuk beringat bukan curiga untuk berburuk sangka.

Seseorang berkata kepada kawannya, “Mat, tak guna simpan duit banyak-banyak. Bila kiamat satu apa pun tak guna lagi. Lebih baik engkau belanjakan duit itu. Kiamat datang tiba-tiba. Nanti tak sempat engkau belanjakan semua harta. Penat saja bekerja siang malam selama ini.”

Betul juga, fikir Mat. Maka dia membelanjakan semua wangnya. Mat akan berakhir sebagai seorang yang muflis. Kena ada rasa curiga dan tidak boleh terlalu lurus untuk menikmati hidup yang selesa. Manusia ada pelbagai ragam dan gaya. Sesetengahnya memang mencari kesempatan pada kedunguan orang lain.

Mat sepatutnya berfikir begini, bekerjalah engkau seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah engkau seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Kata orang tua-tua, kalau melihat air tenang usah disangka tak ada buaya. Sememangnya buaya tinggal dalam sungai yang berarus tenang. Pergerakan buaya juga penuh ketenangan. Kalau ia berehat di tebing sungai, ia bagaikan batang kayu mati – cukup tenang dan cukup baik. Namun, usah leka, sebab ekornya boleh melibas tiba-tiba. Di dalam air buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di daratan juga buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati.

Orang jahat tidak pernah memilih orang jahat untuk dijadikan mangsa. Maka jika anda baik, waspada selalu sebab anda sentiasa terdedah pada onarnya si jahat. Jika anda jahat, ketahuilah kawan-kawan anda juga jahat dan ukurlah kejahatan anda mengikut apa yang mereka lakukan.

Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermakna tenang. Orang tenang biasanya berilmu, orang tenang biasanya warak, orang tenang biasanya lunak, maka dekatilah dia.

Credit by : Dr. Tuah [pakar motivasi]


KLIK SINI, Teruskan Membaca Senang Belum Bermakna Tenang

Exam oh Exam..

| 0 comments



Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah yang dahulunya menghuni ruang kosong di bucu almari. Kawannya, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelahnya sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada si tuan pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.

Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. ‘Exam’ sudah semakin dekat begitu juga dengan cuti musim panas. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.


Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.

Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.

Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?

Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.

Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.

Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran.



Kata-kata yang diberi bakal menyembuhkan dengan keizinan-Nya. Namun, tidak memadai sekiranya kata-kata-Nya diambil secara bulat-bulat sebagai penawar. Ubat tidak boleh menyembuhkan tanpa ada usaha. Usaha mesti datang dari pesakit itu sendiri bagi melengkapi terapi yang dimintanya.

‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.

Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;


"Lulusan syurga ataupun buangan neraka"


Hakcipta Terpelihara: anjoi_05@yahoo.com
KLIK SINI, Teruskan Membaca Exam oh Exam..

Related Posts with Thumbnails